30 August, 2016

ARLOJI (Siri 38)

Pugg dari IKEA

Pugg merupakan satu product keluaran IKEA. Ia adalah jam dinding yang berbentuk bulat dengan ukuran diameter 32 cm. Jam ini bergaya ringkas dan sederhana tetapi menarik.



Dail jam putih manakala marker dan hands berwarna hitam. Model ini tiada jarum saat. Pugg adalah jam buatan China.


Case jam daripada stainless steel chrome plated. Bahagian belakang jam pula berwarna putih daripada plastik.

Tahap ketepatan (accuracy) jam ialah +/- 1 saat setiap 24 jam.


Ia dijual tanpa bateri. Oleh itu, kita perlu membeli sebiji bateri bersaiz AA secara berasingan untuk menghidupkan jam. Elakkan daripada menggunakan bateri rechargeable untuk model ini. Selain itu, saya menasihatkan agar kita juga tidak menggunakan bateri mahal (tahan lama) kerana bimbang pergerakan enjin jam akan terganggu (terlebih cepat/lambat). Nasihat saya ini terpakai untuk kesemua jenis jam dinding tanpa mengira jenama.



Jam dinding ini berteknologi quartz. Cermin jam diperbuat daripada glass.


Pada pendapat saya, ia sesuai untuk digantung pada dinding rumah, pejabat mahupun restoran. Dail jam yang ringkas tanpa logo atau jenama memudahkan kita membuat penyesuaian dengan sebarang dekorasi yang diingini.

15 August, 2016

ARLOJI (Siri 37)

Seiko SUP878P1 (Solar) 

Jam ini dibeli secara online dari platform Lazada. Ia didatangkan dengan set lengkap iaitu kotak Seiko, jam dan buku manual. Tetapi tiada jaminan diberikan untuk jam ini.


Model ini berbentuk bulat, nipis serta ringan. Dail jam putih mutiara (pearl) dan marker hitam bernombor Roman. Case pula berwarna emas. 

Tiada date dan day pada jam ini. Hand hour dan minute halus tanpa jarum saat. Ia sengaja dibuat sedemikian mungkin kerana untuk menjimatkan tenaga. Produk ini menggunakan berkuasa solar. Kuasa penuhnya dijangka dapat bertahan selama setahun.




Cermin jam daripada kaca standard Seiko iaitu hardlex crystal. Enjinnya pula caliber V115 dari Jepun.



Sudut pandangan belakang ringkas dengan sedikit maklumat berkenaan jam. Sesetengah orang yang mencintai/meminati jam Seiko akan mengetahui tahun dan bulan jam ini dikeluarkan melalui nombor yang terdapat pada caseback.





SUP878P1 ini kalis air 30 meter (3 BAR).



Produk ini dipasangkan dengan tali kulit calf hitam. Pada buckle tertera perkataan Seiko dan berwarna emas.


Jam ini cukup kemas dan selesa dipakai ketika di tangan. Saya berpendapat model ini adalah bagi mereka yang meminati jam dress nipis dan ringan  sahaja.