27 May, 2023

ARLOJI (Siri 148)

Menara Jam (Edisi 14)

Ini ialah menara jam Dataran Nilai. Struktur bumbung bangunannya bercirikan tradisi Minangkabau.



Terdapat logo Majlis Bandaraya Seremban dan jam di bahagian puncak menara. Ada empat buah jam berbentuk bulat pada mercu tanda Nilai ini.





Gambar diambil pada bulan November 2022. Pada waktu itu saya bersama keluarga ke Nilai 3 untuk membeli langsir.







Cuaca pada petang itu agak mendung dan berawan. Persekitaran dataran pula masih basah dengan air bertakung di beberapa tempat akibat hujan.

25 February, 2023

ARLOJI (Siri 147)

Casio LRW-200H-4EVDR

Assalamualaikum. Posting ini menampilkan seutas lagi jam tangan Casio analog yang bercirikan diver look.



Saiz dan ukuran diameter case kecil sesuai untuk wanita dan kanak-kanak. Pada bezel dan dail terdapat rona merah jambu.





Saya memilih tali jam berwarna hitam agar tidak cepat nampak kotor.



Harga model yang dipaparkan adalah 'bersahabat' iaitu bawah RM100. Item dibeli melalui laman sesawang Lazada. Proses penghantarannya hanya mengambil masa sekitar dua hari sahaja. Jam ini mendapat jaminan seller selama setahun.

Saya pernah menulis ulasan tentang siri Casio LRW-200H beberapa tahun lepas. Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat seterusnya.

ARLOJI (Siri 7)

07 January, 2023

ARLOJI (Siri 146)

Aku dan Jam (Bahagian 20)

Pesanan Buat Semua Pencinta Jam
Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2023. Semoga para "muslim watch lover" berada dalam keadaan sihat. 

Pesanan ini khas untuk diri sendiri dan penghobi jam Islam keseluruhannya. 

Kita obsesi terhadap jam. Kita mungkin terlalu memilih jam yang yang "sempurna" pada kaca mata sendiri hingga leka dan lalai. Dalam pencarian itu, kita juga mungkin terjebak dalam beberapa perkara yang ditegah oleh ajaran agama.
  • Rasa riak dan takbur dengan koleksi jam yang ada.
  • Pembaziran.
  • Memakai jam berunsur emas bagi lelaki (sila rujuk pakar agama).
Maka, berhati-hatilah. Utamakan perkara yang penting dalam kehidupan. Carilah reda Allah. Hobi cuma suatu kesenangan bukanlah keperluan. Diharap artikel ini bermanfaat untuk semua.