31 August, 2022

ARLOJI (Siri 141)

Aku dan Jam (Bahagian 19)

Pendapat Saya Mengenai Jam Vintage dan Antik
Saya tiada koleksi jam yang boleh dianggap vintage mahupun antik. Apa yang disimpan dibeli dari kedai atau secara online setelah bekerja. Jam paling lama kepunyaan saya sekarang ialah Seiko quartz. Jam ini kepunyaan arwah ayah dan telah ditukar movement baru kerana rosak. Saya anggarkan usia jam itu sekitar 20 tahun. Namun, saya pasti ramai yang di luar sana meminati dunia vintage dan antik. Kategori vintage dan antik kebiasaannya ditentukan daripada umur jam. Saya tidak menceburi bidang jam bekas kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:
  1. Saya kurang selesa dengan jam terpakai. Kita tidak tahu siapa pemilik asal, cara penggunaan sebelum ini, service serta kondisi jam tersebut. Adakah jam itu masih asli atau sudah menjadi 'jam rojak'? Oleh itu, saya lebih suka membeli jam tangan baru walaupun murah dan diperbuat daripada plastik.
  2. Saya juga tiada pengalaman serta pengetahuan yang mendalam tentang jam vintage dan antikSetahu saya dunia jam klasik sangat luas. Kita perlu tahu menilai sejarah, trend, reka bentuk, dail, jarum, crown dan enjin yang diguna pakai. Di dalamnya terdapat pelbagai jenama jam dan ada antara jenama-jenama itu telah menutup perniagaan atau dibeli oleh syarikat lain. Selain itu, ada model-model yang dikeluarkan sebelum ini sudah tidak diproduksi lagi. Hal ini sangat menyukarkan kita mengetahui keaslian produk yang ingin dibeli. Selalunya, jam-jam ini bermesin automatik dan bersistem kunci. 
  3. Seterusnya, saya mengumpul jam secara suka-suka sahaja. Saya tiada rakan atau geng jam yang boleh dirujuk untuk mendapatkan nasihat atau sebagainya jika jam mengalami masalah.
  4. Setakat ini, saya belum tahu atau mengenali secara dekat kedai atau otai-otai yang pakar menyelenggarakan jam-jam lama berhampiran tempat tinggal.
  5. Harga jam vintage juga bukan murah. Kos baik pulihnya tinggi dan alat ganti jam sukar dicari. Jadi, jangan pandang sebelah mata kepada peminat jam lama ini.
Apa yang diperkatakan di atas hanyalah pendapat peribadi.  Jika anda peminat jam-jam seperti ini teruskanlah. Saya tetap menghormati anda kerana kita semua watch enthusiast.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-65

18 August, 2022

ARLOJI (Siri 140)

Casio SDB-100-1BDF

Model SDB-100-1BDF sesuai untuk kaum perempuan. Gabungan warna hitam dan merah jambu telah menarik perhatian saya.

Casio petak ini diperoleh menerusi tapak jualan online Lazada. SDB-100 dibeli pada 12 Disember 2020. Proses penghantaran bungkusan cepat iaitu 2 hari sahaja.👍


Jam boleh dilaras dengan merujuk buku manual 3257.







SDB-100 buatan China. Tahap kalis air pula ialah 50 meter.



Jam dijual pada harga berpatutan. Pemiliknya memakai jam secara berterusan tanpa menanggalkan dari pergelangan tangan. Jam masih kekal berfungsi. 👌