Rado merupakan satu jenama jam Swiss yang terkenal sejak dahulu lagi. Perusahaan ini bermula pada tahun 1917 dan masih kekal sehingga sekarang.
Rado DiaStar turut dikenali sebagai Rado Original. Model ini bersaiz L (35mm) yang sesuai untuk lelaki. Ia digerakkan menggunakan enjin automatic. Produk ini diperbuat daripada bahan-bahan terpilih dan bermutu tinggi. Reka bentuknya unik dan penuh dengan unsur-unsur seni.
Case jam ini menggunakan logam (hardmetal) kalis calar dan tahan luntur. Marker pula ditatah batu permata serta sedikit luminous (Super-LumiNova). Super-LumiNova ini juga terdapat pada jarum jam dan jarum saatnya.
Dail jam ini mempunyai dua rona iaitu berwarna ungu pada cahaya terang dan akan menjadi coklat apabila cahaya suram. Bahagian tengah caseback tertulis perkataan RADO DIASTAR, SWISS, nombor rujukan, SCRATCHPROOF dan WATERSEALED. Tahap kalis air untuk model ini ialah 3 BAR.
Rado original ini bercermin cembung, tebal, berbentuk tidak rata dan anti-calar (sapphire crystal). Pada crown terdapat lambang "sauh" manakala di sisi kiri case terukir perkataan RADO.
Bracelet jam diperbuat daripada stainless steel 316L. Terdapat logo dan tulisan RADO pada bahagian luar clasp manakala di bahagian tepinya perkataan THE ORIGINAL. Tali jam ini agak istimewa serta klasik kerana tidak menyerupai jam-jam lain.
Pada hari ini, Rado adalah sebahagian daripada kumpulan Swatch Group. Antara jenama lain yang bernaung di bawah syarikat tersohor ini ialah Tissot, Longines dan Certina.