05 January, 2015

ARLOJI (Siri 12)

Bambino CER24003W

Orient Watch Co., Ltd. ditubuhkan pada 13 Julai 1950. Syarikat pengeluar jam ternama ini berasal dari Jepun.


Model CER24003W ini digelar sebagai Bambino. Ia merupakan sebuah jam mekanikal (automatic) yang penuh dengan gaya klasik. Buatannya sungguh berseni, kemas, halus dan terperinci. Jam ini berbentuk bulat. Case, crown, marker, hand dan buckle berwarna keemasan (gold).


Permukaan dail  ringkas dan berwarna krim. Terdapat logo Orient pada pukul 12 dan tingkap haribulan pada posisi pukul 3.


Bahagian caseback terukir logo Orient dan maklumat tentang jam. Penutup belakang ini diperbuat daripada stainless steel yang licin dan bersinar.


Jam ini bercermin cembung (domed crystal glass) tetapi tidak kalis calar. 


Model ini mempunyai corwn yang cantik. Crown jam ini berlogo Orient dan di bahagian sisinya bergaris halus memudahkan si pemakai melaraskan masa.



Model ini dijana oleh enjin (movement) Orient caliber 48743 buatan Jepun. Jam ini   kalis air (water resist) sehingga kedalaman 30 meter. Walau bagaimanapun, saya tidak mengesyorkan jam ini terkena air kerana dibimbangi akan menyebabkan tali kulitnya kembang, berbau dan cepat rosak. 




Tali jam tangan ini diperbuat daripada kulit (genuine leather), berwarna brown dan tercatat nama Orient Watch Co., Ltd. Pada buckle  pula tertulis perkataan ORIENT. Jam ini dijual dengan waranti antarabangsa selama setahun.


Bermula pada tahun 2001,  Oreint Watch Co., Ltd. telah bergabung dan berada di bawah naungan Seiko Epson Corporation.

ARLOJI (Siri 11)

Casio F-91W



Jam Casio F-91W mula diperkenalkan pada tahun 1991. Ia adalah sebuah jam digital quartz yang asas. Model ini berbentuk segi empat, bersaiz kecil dan ringan. Kerangka jam, cermin dan tali diperbuat daripada plastik (resin) manakala butang tetapan dan penutup belakang menggunakan besi (stainless steel).


Kemasan dail yang ringkas memudahkan pemakainya melihat waktu. Jam ini berada dalam kategori classic digital watch untuk lelaki. Pada pendapat saya, jam ini sesuai dipakai  oleh kanak-kanak/remaja lelaki berumur antara 7 hingga 15 tahun.

Model F-91W ini menggunakan modul 593Terdapat 3 butang tetapan untuk melaraskan fungsi jam ini. Butang-butang tersebut ialah light, mode dan alarm on-off/24H. Jam ini akan mengeluarkan bunyi "beep" setiap kali butangnya mode ditekan. Selain daripada untuk mengetahui masa, ia turut dilengkapi kalendar, penggera, stopwatch dan berformat 12/24 jam. Tahap ketepatan masanya ±30 seconds per month (6 minutes per year).  


Jam ini buatan Casio Thailand dan kalis air. Penutup belakang dipasangkan pada case dengan 4 skru. 


Walaupun jam ini ringkas (basic), namun ia mempunyai identiti yang tersendiri. Kelainan dan ciri-ciri khas yang ada pada jam  ini telah menarik perhatian saya untuk mendapatkannya sebagai koleksi. Selain itu, ciri-ciri ini juga menentukan keaslian model F-91W.


Setakat pengetahuan saya, jam yang original hanyalah berwarna hitam. Pada bahagian kanan dail (bawah RESIST) akan ada huruf "U" atau perkataan "JAPAN U" (rujuk bulatan merah pada gambar di atas). Huruf/perkataan ini kecil tetapi masih boleh dilihat. "JAPAN U" bermaksud jam tersebut buatan Jepun manakala huruf "U" merujuk kepada jam Casio dari negara lain. 


Jam ini akan memaparkan text CASIo pada dail jika push-button sebelah kanan jam ditekan selama 3 saat. Jika sekiranya ketiga-tiga butang ditekan secara serentak, maka text yang muncul adalah seperti gambar di bawah.



Lampu jam yang tulen adalah kecil (microlight). Cahayanya kabur berbanding jam tiruan yang terang dan berwarna-warni. Jam ini ringan dan nipis memberi keselesaan kepada tangan.



Bateri CR2016 pada jam ini mampu bertahan selama 7 tahun. Tali jamnya dikilangkan di China dan pada buckle tertera perkataan Casio.

Jam ini juga dikaitkan dengan pejuang (pengganas dalam istilah Amerika). Ramai di antara mereka memakai jam ini atau model yang seumpamanya. 



Jam Casio ini dibeli di sebuah kedai pemborong jam. Ia  dijual dalam bentuk set lengkap iaitu jam, kotak Casio, watch stand, kertas manual (modul) dan warranty card. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan tidak mengoyakkan poket. 

Saya terkejut kerana jam ini tetap diberikan waranti selama setahun walaupun harganya murah. Salesgirl menyatakan bahawa di kedainya menjual jam original. 

*Ujian
LULUS tanpa sebarang ujian. Keupayaan dan ketahanan jam ini tidak perlu kita pertikaikan.  

02 January, 2015

ARLOJI (Siri 10)

"Lelaki Lumpur" G-9300 (Solar)

G-Shock dilahirkan pada tahun 1983. Model G-Shock yang pertama ialah DW-5000C hasil ciptaan seorang jurutera Casio yang bernama Kikuo Ibe. Jam G-Shock terkenal dengan kelasakan dan ketahanannya. Ia amat sesuai untuk golongan muda dan mereka yang terlibat dalam sektor pekerjaan tertentu. Jam keluaran G-Shock terbahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah Master of G (professional), Standard, G-Lide dan Baby-G (khusus untuk perempuan).

 

G-Shock digital yang dipaparkan ini ialah Mudman/"Lelaki Lumpur". Mudman merupakan sebahagian daripada jam dalam kategori Master of G. Selain itu, jam yang turut terdapat dalam kategori ini ialah Rangeman, Frogman dan Gulfman. Kesemua model Master of G mempunyai tahap kalis air sehingga 200 meter dan bertali plastik (resin band).

Model ini adalah sebuah jam berbentuk bulat dan multifunction. Saiz case Mudman ialah 53 X 50.8 X 18.2 mm. Walaupun bersaiz besar tetapi jam ini agak ringan dan selesa di pergelangan tangan. Keseluruhan jam diperbuat daripada resin kecuali cermin, caseback dan buckle. Permukaan dail jam ini ditutupi dengan cermin mineral. Mineral glass ini mudah tercalar sekiranya bergesel. Bagi mengatasi masalah ini, bezel yang besar serta lebih tinggi daripada cermin dipasangkan pada Mudman dan kebanyakan produk G-Shock. Caseback dan buckle pula menggunakan stainless steel.


Jam ini dilengkapi  dengan twin sensor (kompas digital, termometer), moon data, stopwatch, world time, countdown timer, 5 penggera, tarikh (full auto-calendar to year 2099) dan berformat  12/24 hour. Tahap ketepatan masa model G-9300 ini  ±15 seconds per month. Perkara inilah yang menarik perhatian saya  untuk memiliki model ini  selain daripada antilumpur, tahap kalis air dan teknologi solar.

Sebagai seorang penggemar dunia horologi, saya mahukan jam yang menepati masa dan reliable. Pada pandangan saya, jam yang dipakai mestilah menunjukkan waktu sebenar ataupun dengan perbezaan 1 minit sahaja. (jam yang paling tepat adalah jam pada telefon pintar, kaca televisyen dan skrin komputer).


Terdapat 5 butang tetapan fungsi G-Shock G-9300 ini iaitu light/reverse, compass, search/foward, mode/select dan adjust/display. Butang-butang ini besar dan kesat  tetapi agak keras apabila ditekan. Lampu jam  berwarna blue green. Pada penglihatan saya, nyalaan lampu jam ini adalah sederhana terang berbanding jam berkuasa bateri. 


Gambar jam di atas sedang menunjukkan fungsi kompas dan termometer (bacaan suhu). Gambar di bawahnya pula memperlihatkan jam berkeadaan tetapan moon data dan tarikh.



Sensor jam  (warna silver) berada pada kedudukan di antara butang adjust dan mode. Panduan penggunaan (setting) berkaitan Mudman   boleh dibaca di dalam buku manual Casio bermodul 3261. Buku ini kecil, tebal dan pelbagai bahasa. 


Bersesuaian dengan namanya, Mudman merupakan sebuah jam antilumpur termasuk debu dan habuk. Bahagian belakang jam dihiasi dengan gambar anjing laut bercermin mata sambil memegang kompas di tangan kanannya. Penutup belakang ini disambungkan pada case dengan 4 skru. 



Jam ini berkuasa solar. Kita hanya perlu menjemurkan jam ini di bawah cahaya matahari beberapa ketika untuk mengecas baterinya. Tenaga  cahaya ini diserap untuk disimpan oleh bateri jam melalui permukaan yang berwarna hitam di sekeliling dailLevel battery indicator (L-low, M-medium dan H-high) terletak di tengah-tengah dail. Bateri jam yang dicas penuh mampu bertahan selama hampir setahun jika disimpan di dalam gelap dengan mengaktifkan power saving (PS). Jam akan "mati" sendiri ketika  berada di dalam gelap dan berfungsi kembali bila terkena cahaya. Power saving  jam ini boleh di on/off.


Case dan tali jam ini dikilangkan di Thailand. Setahu saya, kebanyakkan jam keluaran G-Shock/Casio untuk pasaran Malaysia datang dari dua negara iaitu Thailand dan China. Namun, suatu masa dahulu (1990-an) saya pernah menjumpai jam Casio yang mana buckle talinya tertulis perkataan Malaysia.

Tali jam Mudman ini besar dan berhuruf yang timbul di belakangnya. Huruf /perkataan tersebut  ialah G-SHOCK PROTECTION dan SHOCK RESIST. Strap ini disambungkan kepada case dengan spring bar yang berskru.


Jam ini dibungkus menggunakan kotak dan tin besi yang berwarna hitam.  Dua jaminan selama setahun telah disertakan semasa pembelian. Satu waranti daripada pengedar sah Malaysia manakala satu lagi  international warranty.

*Ujian
LULUS. Umum telah mengetahui akan kelasakan dan kehebatannya.