01 August, 2021

ARLOJI (Siri 132)

Seiko Presage SRPC99J1
 


Seiko Presage yang diperkenalkan berada dalam kategori basic line. Produk dibeli ketika pesta jualan Lazada 11.11.2020. Saya berjaya mendapatkan SRPC99J1 terus daripada pengedar sah Seiko Malaysia pada harga runtuh.



Rupa bentuk jam bulat, berukuran 40.5 milimeter dengan tickness 11.8 milimeter. Dail kekuningan dan bertekstur. Cermin hadapan cembung dengan kaca standard Seiko (box-shaped hardlex crystal). Kerangka jam pula menggunakan stainless steel berkilat. 
 


Seiko analog ini mempunyai tiga jarum. Jarum saatnya seperti jarum menjahit baju. Tiada sebarang lume untuk jam dress berciri klasik ini.
 


Crown jam besar berjenis pull push berada di posisi pukul 3. Padanya terdapat engrave huruf S. Selain itu, date display juga ada di kedudukan yang sama. Caseback jam lut sinar dilapisi kaca. Kita dapat melihat pergerakan rotor yang sedang 'bekerja'.  
 


Presage yang saya tampilkan ini bermesin automatik 4R35B keluaran Seiko Time Corp. Movement 4R35B dengan 23 jewels dianggarkan mampu berdetik sehingga 41 jam (full power reserve). Injin ini telah dilengkapi sistem hack dan manual winding. Setahu saya, Seiko banyak menggunapakai movement 4R35 atau setara pada jam-jam keluaran terbaru mereka bagi menggantikan injin lama siri 7S  contohnya 7S26 dan 7S36. Namun begitu, 7S26 masih dipakai oleh Seiko 5 standard sampai sekarang.


Jam ini buatan Jepun sepenuhnya. Kita dapat mengetahui tempat asal jam dikilangkan dengan melihat nombor model. Perkataan MADE IN JAPAN ada di bahagian bawah dail dan caseback.



Tahap rintangan airnya 50 meter. Tali jam daripada kulit (calfskin) berwarna coklat yang lembut serta selesa dipakai.


Saya berpendapat kesemua jam dalam siri Presage adalah cantik penuh berseni. Mutu buatannya kemas dan rapi. Pada saya, Presage ini merupakan koleksi mid-range Seiko. Item didatangkan dengan set lengkap iaitu kotak, jam, tali tag, buku manual dan buku waranti termasuk kad jaminannya sah selama setahun.