Alba AXT830X
Jenama Alba mula diperkenalkan pada tahun 1979. Ia merupakan satu jenama jam keluaran Seiko Watch Corporation. Jam Alba terbahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah SignA, Prestige, Active dan Fashion.
Model yang dipaparkan ini adalah seutas jam tangan wanita bernombor siri AXT830X. Keseluruhan jam ini diperbuat daripada stainless steel kecuali cermin penutup dail yang menggunakan sapphire glass (cermin kalis calar). Jam ini berwarna silver/gold.
Kemasan pada dail cukup simple memudahkan pemakainya melihat waktu. Namun begitu, pengguna jam ini akan mengalami sedikit kesukaran pada waktu malam kerana luminous yang sangat kabur. Terdapat tingkap haribulan pada kedudukan pukul 3.
Crown jam ini agak besar dan dilindungi oleh 2 "bahu". Tahap kalis air jam pula ialah 50 meter.
Keterangan asas mengenai jam terdapat pada belakang case. Calibre-case no. jam ini ialah VX82-X489SG. Model analog ini dikuasakan oleh bateri. Pada bracelet (tali jam) ada tulisan ALBA iaitu di bahagian clasp.
Produk ini mempunyai waranti selama 1 tahun. Pada pendapat saya, jam ini cantik dan sesuai untuk kegunaan harian tetapi jenamanya tidaklah setanding Seiko.