Orient Woman OFUNF0003W
Entri saya kali ini tentang jam tangan Orient untuk wanita berkategori sports. Item dibeli secara online melalui perkhidmatan LAZADA. Saya banyak membuat pembelian atas talian kerana lebih murah, selamat dan dihantar tepat mengikut masa dijanjikan. Orient ini dipesan pada 18 Oktober 2020.
Rupa bentuk case bulat berukuran 34 milimeter. Kerangkanya diperbuat menggunakan stainless steel. Bezel cantik berwarna biru tidak boleh diputar.
Dail jam putih, rapi dan jelas. Sebahagian marker pula bernombor Arabic. Terdapat jenama jam di sudut atas dail.
Crown pelarasan agak besar, bersistem pull push berada di posisi pukul 4. Manakala 'tingkap' tarikhnya pada kedudukan jam 3.
Cerminnya berjenis dome daripada kaca mineral. Produk analog 3 hands ini bermesin quartz dari Jepun. Sebiji bateri diperlukan bagi menghidupkan jam.
Pada caseback ada logo dan tulisan ORIENT serta sedikit maklumat penting mengenai jam.
Tahap kalis air ialah 50 meter sesuai untuk kegiatan seharian yang tidak lasak.
Tali jam biru, berbahan rubber tebal dan lembut. Bahagian atas 'pengikat' talinya tercetak perkataan ORIENT manakala di bawahnya stainless steel.
Produk dijamin selama setahun. OFUNF0003W dibeli ketika promosi dengan harga yang amat berpatutan. Model ini bercirikan diver look.
*Akan datang
Artikel seterusnya bakal diterbitkan pada 1 Disember 2020. Tajuk Kalis Air (Aku dan Jam Bahagian 14). Nantikannya .....