Casio LA-20WH-2A
Seterusnya, saya tampilkan seutas jam tangan Casio untuk perempuan. Saya berpendapat LA-20WH-2A juga sesuai bagi kanak-kanak.
Kerangka jam berbentuk empat segi dan kecil. Saiz case 34.5×30.4×8.6 milimeter. Paparan digital pada dail ringkas dan jelas.
Selain penunjuk masa 12/24 jam, Casio ini mempunyai fungsi hari, tanggal, penggera dan stopwatch.
Model ini kalis air dan menggunakan lampu LED suluhan cahaya amber. Product yang diperkenalkan made in China.
Keseluruhan jam berwarna biru dan diperbuat daripada resin. Hanya caseback dan butang setting menggunakan bahan stainless steel.
Jangka hayat battery CR1616 dianggarkan sekitar 5 tahun. Ketepatan jam kurang lebih 30 saat per bulan.
Bahagian atas buckle ada perkataan CASIO manakala di bawahnya China. Berat penuh item ialah 16 gram.
Jam didatangkan bersama set lengkap iaitu kotak Casio, buku manual modul 3284, kertas waranti dan tali tag. Jaminan jam selama 12 bulan (local supplier warranty). Item diperoleh ketika promosi jualan 11.11 Lazada yang lepas. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Model serupa ini mempunyai lima pilihan warna.
**Selamat Tahun Baru 2021**
No comments:
Post a Comment