Bonia Women Watch BNB881-2715
Jam ini ditempah secara atas talian pada 27 Jun 2020. Case berbentuk round dengan saiz 38 milimeter. Kerangka jam daripada stainless steel manakala cerminnya berbahan kaca mineral.
Dail jam putih dan sebahagian marker bernombor Arabic.
'Tombol' pelaras fungsi jam terselit pada posisi pukul 3. Tingkap hari bulan pula ada di bawah jam 4.
Model analogue 3 jarum yang dipaparkan berinjin quartz. Sebiji bateri diperlukan untuk jam beroperasi. Water resistant jam 5 ATM. Terdapat sedikit maklumat berkaitan jam pada penutup belakang.
Tali jam unik berwarna hitam dan putih. Bracelet ini diperbuat daripada ceramic dan stainless steel.
Produk fesyen di atas mendapat jaminan antarabangsa selama setahun.
No comments:
Post a Comment