Timex Group USA, Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar jam dari Amerika Syarikat. Company ini telah beroperasi sejak sekian lama iaitu lebih 160 tahun.
Jam digital yang diperkenalkan untuk kali ini berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Dail jam berwarna grey dengan paparan nombor besar dan jelas. Hadapan case pula biru dan bahagian tepinya hitam. Cermin jam daripada kaca mineral.
Model T5K243 khusus untuk kaum wanita. Produk buatan China ini turut dikenali sebagai Timex 1440 sports. Ia adalah seutas jam ringkas yang dilengkapi beberapa fungsi asas antaranya jam, tarikh, penggera serta lampu.
Model T5K243 khusus untuk kaum wanita. Produk buatan China ini turut dikenali sebagai Timex 1440 sports. Ia adalah seutas jam ringkas yang dilengkapi beberapa fungsi asas antaranya jam, tarikh, penggera serta lampu.
Terdapat 4 butang settings pada jam iaitu mod, INDIGLO®, start/stop dan adjust.
Tahap kalis air jam ialah 50 meter. Jam dihidupkan menggunakan bateri CR1620.
Perbezaan jam-jam Timex dengan jam berjenama lain ialah mereka menggunapakai lampu INDIGLO®. Lampu untuk penglihatan malam ini cahayanya terang dan mampu bertahan selama 3 hingga 4 saat jika ditekan fungsinya.
Tali (band) jam daripada resin dan buckle jenis stainless steel. Tali ini agak istimewa kerana "gelang getah"nya tidak mudah menggelongsor ketika dipakai. Ini akan menjadikan pemakaian jam tampak kemas tanpa lebihan tali.
Jam Timex yang masyhur pada pendapat saya ialah siri Ironman. Jam Timex Ironman biasanya digunakan oleh atlet sukan triathlon. Selain itu, terdapat juga koleksi lain keluaran mereka antaranya expedition, weekender, intelligent quartz dan sebagainya.
Produk ini dibeli secara dalam talian daripada pengedar sahnya di Malaysia. Ia mendapat jaminan antarabangsa selama setahun (1-year international warranty).
No comments:
Post a Comment