Beg Jam
Sebagai peminat dunia horologi, saya tidak terkecuali untuk menyimpan segala item berkaitan jam termasuklah beg, kotak, tali tag, buku manual, kad warranty (wajib), risalah dan lain-lain. Perkara ini mungkin dipandangkan remeh bagi orang lain tetapi tidak kepada saya.
Di sini saya paparkan beg-beg jam yang pernah ada dalam simpanan saya iaitu:
Beg-beg ini diperolehi dari kedai atau butik semasa pembelian. Ia tidak terhad kepada jenis kertas sahaja malah ada yang berunsurkan kain (shopping bag). Saiz dan mutu bahan untuk pembuatan beg juga berbeza.
Akan tetapi, ada juga beg yang sudah tiada atau telah dibuang. Saya melihat beg-beg ini terdiri daripada dua jenis iaitu beg yang menggunakan jenama jam dan beg yang dicetak nama kedai (lihat gambar di bawah).
Oleh itu, jika inginkan beg jam kita hendaklah membuat pembelian terus di authorised dealer outlets. Artikel ini ditulis hanya sebagai rekod.
No comments:
Post a Comment