01 June, 2021

ARLOJI (Siri 128)

Seiko Wall Clock QXA723S

Sudah lama saya tidak membuat review mengenai jam dinding. Kali terakhir saya bercerita tentang wall clock pada 1 September 2019. 



Hari ini saya perkenalkan clock daripada Seiko iaitu QXA723S. Reka bentuk jam bulat dan bercirikan diver look.




Saiz produk 35 x 5.4 cm. Case pula berbahan plastik. Injinnya berjenis quiet sweep second handMarker, jarum jam dan jarum minit bersalut Lumibrite.


Sumber daripada thongsia

Dail berwarna putih manakala bezel hitam seperti diver SKXOO7 🤩. Jam analog tiga jarum dihidupkan dengan tenaga sebiji bateri AA.



Sebetulnya saya telah lama berminat untuk mendapatkan model yang dipaparkan. Kali pertama saya melihatnya ketika berkunjung ke salah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di kawasan Masjid India beberapa tahun lepas. Saya pernah ke supermarket tersebut semula tetapi kehabisan stok.



Jam dipesan secara online pada 16 Mei 2021 melalui laman Shopee. Ini merupakan kali pertama saya membeli jam dinding dengan kaedah atas talian. Alhamdulillah. Barang diterima dalam keadaan baik. Item dibeli daripada penjual dari Selangor dan dipos menggunakan DHL Ecommerce. Harganya berpatutan dan dijamin selama setahun.

*Akan datang

No comments:

Post a Comment