01 March, 2021

ARLOJI (Siri 123)

Keeper

Keeper atau loop merupakan aksesori penting untuk jam tangan. 'Pengikat' ini amat perlu bagi memastikan tali jam yang dipakai kelihatan kemas dan tidak terjuntai. Sebagai pengguna jam tegar, kita mungkin pernah mengalami masalah keeper koyak atau putus. Hal sedemikian sering berlaku akibat cara penggunaan yang lasak dan faktor usianya.
 
 
Hari ini saya kongsikan seutas jam tangan Baby-G yang telah terkoyak keeper. Jam kepunyaan anak kedua saya dipakai secara berterusan. Umur jam sekitar 3 tahun.
 

Langkah awal untuk mengatasi perkara di atas adalah menggantikan loop rosak dengan gelang getah. Namun penyelesaian tersebut cuma bersifat sementara kerana tidak cantik dan renyah.
 
 
Jika berduit, kita boleh terus menukar keseluruhan tali jam. Tetapi kita terpaksa mengeluarkan belanja ekstra bergantung kepada jenis tali jam. Saya berpendapat resin band itu masih elok walaupun sudah kusam. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja 'pengikat' baru aftermarket.  
 

Keeper silikon berwarna merah jambu dipesan dari seller yang berpengkalan di Perak pada 10 Januari 2021. Harganya cukup terjangkau. Saya sepatutnya memilih loop lut sinar namun tiada stok pada waktu itu.
 

No comments:

Post a Comment