Luminous dan Lampu Jam
Luminous dan lampu merupakan sebahagian daripada teknologi asas seutas jam tangan. Technology ini sudah lama serta ringkas tetapi berguna kepada pemakai jam untuk melihat masa dengan lebih jelas terutama ketika malam atau pada cahaya suram.
Luminous
Lume selalunya terdapat pada jam analog. Ia disalut pada marker, jarum, dail atau bezel.
Untuk mendapatkan kesan cahaya yang maksima, saya menggunakan lampu suluh. Lampu suluh tersebut telah dihalakan cahayanya ke dail jam yang dikenalpasti selama beberapa minit sebelum gambar-gambar di bawah diambil. Kesannya cukup memuaskan.
Dalam hal ini, luminous jam selam (diver) adalah yang paling terang dan tahan lama.
Seiko sangat menitikberatkan perkara ini. Setakat pengalaman saya, kadar pencahayaan lume jam-jam keluaran Seiko antara yang paling baik.
Lampu
Lampu pula kebiasaannya terdapat pada jam digital. Pada pemerhatian saya cahaya lampu jam berbateri lebih terang berbanding jam solar. Perkara ini terjadi mungkin salah satu langkah untuk jam solar menjimatkan tenaga.
Lampu jam terdiri daripada pelbagai warna misalnya amber, putih, hijau dan sebagainya. Ada yang menyuluh dail dan ada yang menerangi digit atau nombor sahaja. Lampu berstandard biasa yang selalu dijumpai ialah LED amber.
Teknologi lampu yang paling canggih ialah micro/tiny gas lights (borosilicate glass capsules). Lampu bergas ini terdapat pada jam Luminox (tiada di dalam gambar).
Akan tetapi, ada juga jam analog yang berlampu. Contohnya, jam berjenama Timex. Mereka menggunakan lampu INDIGLO®.
Selain itu, jam tangan bersifat analog-digital turut menggunakan lampu bagi menerangi seluruh dail atau sebahagian daripadanya.
Tulisan kali ini hanya untuk bacaan santai. Perkara yang saya cuba sampaikan mungkin telah diketahui umum. Namun begitu, ada juga jam yang tiada kedua-dua ciri di atas.

Lampu solar |

LED: amber |
LED: green |
Lampu INDIGLO®. |

No comments:
Post a Comment