Casio Beside BEM-150L-7AVDF
'Cinta pandang pertama'. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya apabila melihat model ini di Internet.
Gaya persembahan dan kemasan jam ringkas serta menonjolkan ciri-ciri klasik. Harga yang ditawarkan pula berpatutan dengan produk yang dijual. Model khas untuk kaum lelaki.
Case Casio Beside ini bulat tetapi sedikit berbucu pada bahagian lug (TV-shaped). Keseluruhan kerangka jam diperbuat daripada stainless steel manakala cermin berkaca mineral.
Tarikh terletak pada kedudukan pukul 12. Lume hanya disalut di jarum jam dan minit sahaja.
Crown jamnya besar berada pada posisi pukul 3. Dail jam berwarna steel dan mempunyai sub-second. Model yang dipaparkan adalah berteknologi quartz. Cara setting jam mudah menggunakan modul 4746.
Produk ini dikilangkan di China tetapi movement berasal dari Jepun. Tahap kalis airnya ialah 50 meter.
BEM-150 yang saya perolehi ini bertali kulit asli (genuine leather) coklat muda. Buckle jam pula daripada stainless steel tanpa tanda Casio.
Tarikh terletak pada kedudukan pukul 12. Lume hanya disalut di jarum jam dan minit sahaja.
Produk ini dikilangkan di China tetapi movement berasal dari Jepun. Tahap kalis airnya ialah 50 meter.
BEM-150 yang saya perolehi ini bertali kulit asli (genuine leather) coklat muda. Buckle jam pula daripada stainless steel tanpa tanda Casio.
No comments:
Post a Comment