Orient Diver SEL06001D
Jam ini dikenali sebagai "The Beast". Rupa bentuknya tegap, bersaiz "bagak", kukuh dan berada dalam kategori diver siri M-force.
Ia merupakan produk analog yang ditala oleh enjin mechanical Orient caliber 40N5A. Enjin yang dipasangkan pada modelnya jenis automatik self-winding dan hand-winding (kunci). Selain itu, jam ini bersistem hack iaitu jarum saat berhenti apabila kita melaraskan masa. Bahagian bawah dail ada power reserve indicator. Kuasa simpanan penuhnya selama 40 jam.
Product ini mendapat penarafan ISO 6425 diver's watches, ISO 764 antimagnetic watches dan ISO 1413 shock-resistant watches.
Jam ini agak berat apabila dikenakan pada pergelangan tangan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan rasa lenguh dan kurang selesa kepada mereka yang jarang memakai jam seumpamanya. Diameter jam berukuran 47.00mm dan berketebalan (thickness) 13.3mm.

Marker dan hands besar senang untuk kita melihat waktu walaupun di dalam air. Luminous jam terang dan tahan lama.
Bezel hitamnya boleh diputar secara sehala dengan 120 klik. Dail jam berwarna dark blue dan bercermin sapphire crystal. Model ini buatan Jepun. Tahap kalis airnya ialah 200 meter.
Crown jam besar dan berskru (screw down crown). Kita perlu memutarkan crown menjadi longgar sebelum menariknya untuk penetapan fungsi jam dan hari bulan. Terdapat logo Orient pada crown. Crown jam berada pada kedudukan pukul 9 serta dilindungi crown guards.
Bracelet jam solid (besi padu) serta mempunyai safety clasp. Clasp seperti ini penting bagi jam diver sebagai langkah keselamatan tambahan untuk mengelakkannya tertanggal semasa dipakai terutamanya ketika aktiviti air.
Jam ini amat sesuai untuk kegiatan selam di laut. Cuma, bilaslah dengan air bersih selepas selesai menggunakannya.
*Ujian
Jam ini pernah digunakan untuk snorkeling tanpa sebarang masalah. Saya tiada kemahiran, pengalaman atau lesen scuba diving untuk menguji lebih lanjut tentang kemampuan model ini.
No comments:
Post a Comment