Minat saya terhadap jam sudah lama. Ketika bersekolah rendah saya pernah memakai jam tangan digital murah. Namun, tidak kekal lama kerana jam rosak akibat terkena air ketika membasuh tangan. Ketika itu saya berasa agak menyesal dan kecewa kerana kurang berhati-hati.
Sewaktu bersekolah menengah pula, saya memakai dua utas jam. Jam pertama berciri analog-digital (kira-kira 1 tahun) manakala jam kedua ialah Casio analog. Jam ini kecil dan mempunyai reka bentuk yang seakan-akan jam selam. Inilah kali pertama saya memiliki jam yang ada jenama. Harganya sekitar RM50.00.
Pada peringkat universiti. saya masih lagi membeli jam-jam berharga rendah. Jam bertaraf "Petaling Street" dan "Chow Kit" menjadi pilihan. Pada masa itu, saya hanya sekali berpeluang membeli jam yang asli iaitu Alba. Harga jam tersebut kira-kira RM40.00. Jam ini berbentuk bulat, bernombor Roman dan menggunakan tali kulit.
Setelah memasuki alam pekerjaan, saya berusaha mengumpul duit untuk mendapatkan jam yang sedikit mahal. Saya telah membeli seutas jam tangan berjenama Seiko. Seiko ini dibeli di sebuah kedai jam yang terletak di Wangsa Maju. Saya amat menyayangi jam ini. Ia merupakan jam analog gaya military dengan dail berwarna hijau, berformat 24 jam, tarikh dan diperbuat daripada stainless steel. Namun, jodoh tidak kekal lama kerana jam hilang ketika terjatuh motosikal. Peristiwa itu berlaku di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Petaling Jaya. Harga jam antara RM200.00- RM400.00.
Selepas kejadian itu, saya tidak mampu lagi membeli jam yang berharga sedemikian. Bagi mengubat rasa sedih, saya membeli seutas jam tangan Casio F-200. Harga model ini berpatutan iaitu bawah RM100.00 dan baterinya tahan selama 10 tahun.
Semasa awal perkahwinan, isteri saya menghadiahkan seutas jam stainless steel yang dijual secara berpasangan (pair). Ia berbentuk bulat dan nipis. Saya masih menyimpan jam ini walaupun telah kehabisan bateri sejak sekian lama.

Casio F-200 |

Santiago Polo |
No comments:
Post a Comment