Sekarang, G-Shock telah maju setapak lagi dengan kemunculan model-model terkini yang memikat hati. Antara model tersebut ialah siri keluaran Master of G (Gravitymaster, Gulfmaster, Mudmaster) dan G-Steel. Selain itu, bahan untuk pembuatan jam juga tidak lagi tertumpu kepada resin sahaja malah turut menggunapakai stainless steel dan bercermin sapphire crystal.
Model yang ditampilkan untuk kali ini ialah G-6900. Produk ini berada dalam kategori standard digital. Saya melihat pattern 6900 ini begitu popular di kalangan peminat jam G-Shock Malaysia. Setakat pengetahuan saya, ia merupakan reka bentuk lama yang masih diulang pengeluaran dan berstatus evergreen.
Tahap kalis air jam ialah 20 BAR. Ketepatan masa (accuracy) kira-kira 15 saat per bulan. Ciri-ciri lain yang ada pada jam ini ialah kalendar, stopwatch, penggera dan sebagainya.
Terdapat 3 bulatan meter pada dail. Bulatan pada sebelah kiri untuk battery level/power saver/charging. Bulatan tengah pula menunjukkan alarm/snooze dan meter kanannya memaparkan saat.
Jam ini berteknologi solar. Permukaan dail yang berwarna hitam itu merupakan solar panel yang disambungkan kepada bateri rechargeable untuk menghidupkan jam.
Butang berhuruf G pada bawah bezel berfungsi untuk menyalakan lampu jam sekiranya ditekan. Nyalaan lampunya blue green adalah selama 2 hingga 3 saat.
G-Shock ini buatan Thailand manakala talinya (band) dari China. Warantinya pula ialah selama satu tahun. Secara keseluruhannya, saya berpendapat jam ini kelihatan cantik dan ringkas. Ia amat sesuai digayakan semasa aktiviti harian, bersantai mahupun bersukan.
No comments:
Post a Comment