Enjin
Enjin atau movement merupakan nadi bagi sesebuah jam. Jam yang baik semestinya memerlukan enjin yang berkualiti, tahan lama dan mampu mengukur masa dengan tepat.
Sudut pandangan hadapan |
Gambar di atas memaparkan enjin jam daripada dua jenama yang berbeza. Sebelah kiri adalah jentera Seiko manakala di kanannya ialah Casio. Namun begitu, kedua-dua movement ini adalah berteknologi quartz dan dipacu menggunakan bateri.
Sudut pandangan belakang |
Movement 7N43 ini diambil daripada sebuah jam Seiko analog (jam berjarum). Enjin buatan Jepun ini dikeluarkan oleh Seiko Time Corporation.
Ini pula movement jam Casio digital. Ia dikilangkan oleh Casio China.
Enjin jam yang berteknologi quartz sebenarnya lebih ringkas berbanding movement mekanikal. Enjin mekanikal mempunyai banyak kompenan dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Bateri
Movement jam memerlukan tenaga untuk berfungsi. Salah satu daripada sumber tenaga itu adalah bateri. Bateri jam mempunyai pelbagai jenama dan saiz. Keupayaan dan ketahanan bateri juga tidak sama iaitu antara 1 hingga 10 tahun. Antara jenama bateri jam ialah Maxell (Hitachi), Sony dan Panasonic.
Bateri yang dipaparkan pada gambar di bawah berjenama Panasonic (CR2025). Bateri ini diambil daripada jam tangan Casio model F-200 yang mampu bertahan selama 10 tahun.
Sudut pandangan hadapan |
Sudut pandangan belakang |
Seterusnya pula, bateri Sony SR927W yang digunapakai untuk Casio Prayer Compass. Model Casio CPW-500H memerlukan dua biji bateri bersaiz ini sebelum dapat berfungsi.
Sony dan Maxell SR626SW dipasangkan pada Casio LRW-200H.
Pembalut bateri jam |
Selain itu, saya paparkan juga bateri-bateri untuk kegunaan jam dinding dan jam loceng.
Bateri saiz AA |
Bateri saiz AAA |
No comments:
Post a Comment