Bambino CER24003W
Orient Watch Co., Ltd. ditubuhkan pada 13 Julai 1950. Syarikat pengeluar jam ternama ini berasal dari Jepun.
Model CER24003W ini digelar sebagai Bambino. Ia merupakan sebuah jam mekanikal (automatic) yang penuh dengan gaya klasik. Buatannya sungguh berseni, kemas, halus dan terperinci. Jam ini berbentuk bulat. Case, crown, marker, hand dan buckle berwarna keemasan (gold).
Permukaan dail ringkas dan berwarna krim. Terdapat logo Orient pada pukul 12 dan tingkap haribulan pada posisi pukul 3.
Bahagian caseback terukir logo Orient dan maklumat tentang jam. Penutup belakang ini diperbuat daripada stainless steel yang licin dan bersinar.
Jam ini bercermin cembung (domed crystal glass) tetapi tidak kalis calar.
Model ini mempunyai corwn yang cantik. Crown jam ini berlogo Orient dan di bahagian sisinya bergaris halus memudahkan si pemakai melaraskan masa.
Model ini dijana oleh enjin (movement) Orient caliber 48743 buatan Jepun. Jam ini kalis air (water resist) sehingga kedalaman 30 meter. Walau bagaimanapun, saya tidak mengesyorkan jam ini terkena air kerana dibimbangi akan menyebabkan tali kulitnya kembang, berbau dan cepat rosak.
Tali jam tangan ini diperbuat daripada kulit (genuine leather), berwarna brown dan tercatat nama Orient Watch Co., Ltd. Pada buckle pula tertulis perkataan ORIENT. Jam ini dijual dengan waranti antarabangsa selama setahun.
Bermula pada tahun 2001, Oreint Watch Co., Ltd. telah bergabung dan berada di bawah naungan Seiko Epson Corporation.