Bonia Men Classic Quartz BNB 10557-1632
15 July, 2020
01 July, 2020
ARLOJI (Siri 109)
Bonia Ladies Classic Quartz BNB 10557-2632
Paparan kali ini tentang jam tangan Bonia untuk perempuan. Nombor model jam yang saya bicarakan ialah BNB 10557-2632.
Reka bentuk case bulat berdiameter 34 mm. Saya berpendapat ukuran sebegini sangat cocok dengan pergelangan tangan yang montel.
Dail pula hitam bercorak. Kemasan dail ringkas memudahkan si pemakai melihat waktu.
Produk analog 3 hands ini berteknologi quartz. Movement jam dari Jepun dan dihidupkan dengan sebiji bateri.
Crown di posisi pukul 3 manakala tarikh pada pukul 6.
Material cermin mineral crystal. Tahap rintangan air ialah 3 ATM.
Terdapat sedikit keterangan mengenai jam di bahagian caseback.
Keseluruhan item iaitu kerangka dan tali diperbuat menggunakan stainless steel.
Jam dibeli daripada A.D. Time Sdn. Bhd. menerusi laman Lazada. Tempoh jaminannya selama setahun.
15 June, 2020
ARLOJI (Siri 108)
Aku dan Jam (Bahagian 12)
Watch Enthusiast
Watch Enthusiast
Bicara saya hari ini mengenai minat dan pendapat peribadi tentang dunia jam tangan. Ramai orang gemar akan jam tangan tetapi pada tahap yang berbeza. Tanggapan mereka terhadap jam yang dimiliki juga tidak sama. Saya mengkategorikan para peminat jam kepada tiga kelompok utama iaitu newbie/beginner, pertengahan dan horologist.
Newbie bermaksud pemula atau pengguna baru. Mereka kurang atau tidak mengerti apa-apa berkenaan jam tangan. Jam yang dipakai selalunya semata-mata untuk melihat waktu dan cantik sahaja. Individu seperti ini pada kebiasaannya lebih terdorong untuk membeli jam yang mampu milik dan bersifat fashionable.
Golongan kedua ialah pertengahan. Mereka membeli jam tertentu dan memiliki sedikit pengetahuan berkaitan horologi. Orang yang berada dalam kumpulan ini mula menghargai serta prihatin terhadap jam di pergelangan tangan. Ada yang sudah boleh bercerita serba sedikit berkenaan jam yang digunakan.
Horologist pula ialah orang yang sangat berminat dan mahir tentang jam. Mereka mempunyai ilmu, berkomentar dan boleh dijadikan sumber rujukan oleh orang lain. Kelompok ini arif dan ada di antaranya mampu membaik pulih jam tangan sendiri tanpa perlu ke kedai jam. Mereka tahu semua aspek berkaitan jam termasuk sejarah, kesenian, kualiti, soal harga hinggalah kepada hukum fizik pergerakan movement.
Watch Collector
Pengumpul jam terbahagi kepada dua iaitu collector berdasarkan jenama dan collector pelbagai jenama. Ada di antara mereka melakukan kesenangan ini untuk kepuasan diri dan ada pula yang bertujuan meraih sumber pendapatan. Mereka selalunya mempunyai rakan sehobi yang sering berkomunikasi secara langsung atau menggunakan medium baru seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya. Saya berpendapat, 'kolektor' ialah orang yang sanggup berbelanja besar demi memenuhi hajat masing-masing.
'Penternak' jam mengikut jenama pada adatnya sering dirujuk kepada individu yang menyimpan banyak model jam daripada brand terkenal yang sama. Contohnya, penggemar Rolex, Seiko dan G-Shock.
Kumpulan kedua ialah pengumpul jam pelbagai jenama. Mereka lebih bebas serta tidak terikat. Jam yang dikumpulkan kerana minat peribadi berdasarkan ciri-ciri dikehendaki. Misalnya, peminat jam vintage.
Kesimpulan
Perbincangan ini bertujuan berkongsi pengetahuan sahaja. Anda layak membuat justifikasi sendiri pada tahap mana anda berada. Kita semua ialah peminat jam. Saya berfikiran bahawa seseorang itu tetap bergelar watch enthusiast jika ada dan memakai jam tangan. Anda juga saya anggap watch collector jika jamnya sudah lebih daripada satu.

**Alhamdulillah. Selamat menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan**
01 June, 2020
ARLOJI (Siri 107)
Watch tools
Peralatan yang ingin saya perkatakan di bawah hanyalah untuk menukar dan memotong tali jam. Kelengkapan ini dibeli secara berasingan. Saya berbuat demikian kerana mahukan tools yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan sendiri.
Spring bar remover
Alat yang digunakan bagi menanggalkan spring bar dari lugs. Selain itu, tool ini diperlukan apabila membuat pelarasan atau membuka spring bar di clasp. Hujung alat mempunyai mata berbeza iaitu bulat dan bercabang. Manakala di tengahnya ada pengukur dalam milimeter serta inci.
Bracelet holding block
Blok yang diperbuat daripada plastik berfungsi memegang rantai besi jam yang mahu dipotong. Tugasnya seperti stand untuk memastikan bracelet sentiasa berkeadaan menegak semasa proses tersebut.
Hammer
Tukul dua kepala, bersaiz kecil pula bertujuan mengetuk pin atau selak pengunci rantai jam keluar dan masuk. Kepala pertama daripada steel manakala yang kedua berbahan plastik.
Chain link remover
Alat yang paling penting dalam proses mengerat bracelet. Peralatan ini mestilah diletakkan betul-betul pada lubang pin sebelum diketuk untuk mengeluarkan pin itu dari tali jam. Ketiga-tiganya bermata bulat tetapi dalam saiz berbeza.
Plier flat nose
Plier perlu dalam keadaan tertentu sahaja. Antaranya ialah sewaktu menarik pin atau selak yang telah terjojol dari bracelet tetapi masih ketat dan sukar dikeluarkan.
Precision screwdriver set
Screwdriver kecil penting untuk menanggal dan memasang tali jam tangan yang diikat menggunakan skru. Pemutar skru juga bersifat pelbagai fungsi yang mungkin diperlukan dalam situasi lain.

15 May, 2020
ARLOJI (Siri 106)
Menara Jam (Edisi 6)
Menara Jam Tambatan D'raja, Kota Bharu
Menara jam yang saya maksudkan terletak di tebing Sungai Kelantan. Di sebelahnya ialah Tambatan D'raja.
Gambar-gambar dirakam pada penghujung tahun lepas. Air sungai agak banyak mencecah jeti.
Tempat ini merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong apabila melawat ke Kota Bharu. Lokasi menara di Jalan Sultan berhadapan dengan Padang Merdeka.
Seni bina tower cantik menarik perhatian pengunjung tempatan dan luar negeri. Pada puncak menara tinjau ini ada dua jam berbentuk bulat dengan marker Roman. Sebuah jam dipasang menghadap ke daratan (Padang Merdeka) manakala sebuah lagi ke arah sungai.
01 May, 2020
ARLOJI (Siri 105)
Alba AH7N40X1 Ladies Watch
Review seterusnya tentang seutas jam tangan wanita berjenama Alba. Brand ini kepunyaan syarikat gergasi Seiko. Oleh itu, mutu dan kualitinya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Case berbentuk bulat. Susun atur atau kemasan dail ringkas menyenangkan si pemakai melihat waktu. Cermin hadapan berkaca kalis calar (sapphire crystal).
Movement jam analog 3 hands yang dipaparkan ialah buatan Jepun. Tahap water resist 5 BAR.
Date dan crown berada di posisi pukul tiga. Produk berstatus quartz ini beroperasi menggunakan sebiji bateri.
Terdapat logo ombak dan maklumat penting berkenaan jam pada caseback.

Keseluruhan jam berwarna rose gold (kecuali penutup belakang dan dail) serta berbahan stainless steel.
Rekaan bracelet cantik juga solid. Terdapat goresan perkataan ALBA pada 'kancing' (clasp) model ini.

Item diperoleh menerusi platform Lazada ketika jualan 11.11.2019. Produk dibeli daripada pengedar sah Malaysia serta mendapat jaminan selama setahun. Jam didatangkan dengan set lengkap. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan barang dijual.
**Selamat berpuasa**
15 April, 2020
ARLOJI (Siri 104)
Aku dan Jam (Bahagian 11)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bermula 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP di seluruh negara. 'Lockdown' versi Malaysia ini diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan memutuskan rantaian pandemik (ڤندميک) COVID-19.
Malaysia Movement Control Order (MCO) diumumkan untuk tempoh dua minggu dan bakal disambung mengikut keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak goverment. Setakat 15 April 2020, Perintah Kawalan Pergerakan ini sudah berada pada fasa ketiga hingga 28 April 2020 nanti.
Sepanjang tempoh MCO, rakyat diminta bersabar dan berada di rumah. Semua kegiatan harian terbatas. Hanya sektor perniagaan dan perkhidmatan penting sahaja layak beroperasi. Pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan kepada warganegara supaya keperluan asas mereka mencukupi.
Semasa PKP membanteras wabak COVID-19 berkuatkuasa, semua penduduk tempatan dan warga asing dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan pada tahap tertinggi. Kita mestilah kekal di rumah, kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung apabila di tempat tumpuan ramai dan menjaga jarak sosial.
Saya dan keluarga turut mengalami situasi ini. Sebagai ketua keluarga, saya akan keluar membeli bahan makanan tiga hari sekali di kedai berdekatan.
Aktiviti ARLOJI saya pula sedikit terkesan berikutan kedai jam yang ditutup. Namun begitu, syukur kepada Allah kerana perniagaan online masih dibuka. Saya perlu rajin belajar cara-cara menyelenggarakan jam-jam sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah melakukan DIY untuk memotong tali jam. InsyaAllah, saya akan cuba lakukannya nanti.
#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#KITAJAGAKITA
Subscribe to:
Posts (Atom)