15 January, 2020

ARLOJI (Siri 99)

Casio Baby-G BA-255WLP-7ADR Wildlife Promising



Baby-G yang ditampilkan ini adalah model kolaborasi. Kotak jamnya agak berlainan daripada kebiasaan dan terhad. Sarung kotak dipenuhi gambar pelbagai haiwan liar Afrika di samping logo bermotto LOVE THE SEA AND THE EARTH 2019.

Sumber daripada laman rasmi Casio



Item dibeli secara atas talian ketika promosi jualan Lazada 11.11. Seller berpengkalan di Puchong, Selangor. Cara pembungkusan barangan cukup cermat dan jam diterima dalam keadaan baik. Proses penghantaran cepat hanya mengambil masa dua hari dengan perkhidmatan kurier GDex.

'Wajah' jam berbentuk bulat dan cantik sesuai untuk kaum Hawa. Kemasan permukaan dail menarik walaupun ringkas. Produk bermotifkan burung  lilac-breasted roller (14 colour) tetapi didominasi oleh putih.

Lilac-breasted roller
(Sumber daripada laman rasmi Casio)



Jam quartz analog-digital ini tidak mempunyai jarum saat. Terdapat empat butang pelarasan fungsi di bahagian tepi case iaitu adjust, light, mode dan search. Sebuah 'kitab' tebal Casio modul 5593 dibekalkan sebagai rujukan.


Selain daripada menyukat waktu (world time), product ini turut dilengkapi tarikh, penggera dan stopwatch.


Movement jam buatan Jepun tetapi dipasangkan di China.


Cermin hadapan berkaca mineral dan rata. Lampu yang digunapakai bagi model ini berjenis neon illuminator (backlight LED).


Ada logo Wildlife Promosing pada caseback.

Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Jam dihidupkan dengan kuasa bateri bersaiz CR1220 yang dijangka mampu bertahan selama 3 tahun.

Tahap kalis air BA-255WLP-7ADR ialah 100 meter. Berat penuh jam 33 gram.



Band dan buckle diperbuat menggunakan bahan resin. Pada tali tertulis perkataan WILDLIFE PROMISING.


Baby-G ini diperoleh dengan harga berpatutan serta dijamin oleh penjual selama setahun.

*Perkongsian
Keterangan lanjut berkaitan siri dan model kolaborasi ini boleh diikuti melalui pautan di bawah:

https://www.casio-intl.com/my/en/news/2019/0123_wat/

01 January, 2020

ARLOJI (Siri 98)

Aku dan Jam (Bahagian 9)

Kepentingan Masa


Syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan waktu dan dipanjangkan usia. Semoga umur yang dianugerahkan mendapat keberkatanNya.

Manfaatkan nikmat masa yang dikurniakan dengan sebaik mungkin.
  •  Masa muda sebelum tua.
  •  Masa sihat sebelum sakit.
  •  Masa kaya sebelum miskin.
  •  Masa senang sebelum sempit.
  •  Masa hidup sebelum mati.

01 December, 2019

ARLOJI (Siri 97)

Menara Jam (Edisi 4)

Menara Jam Masjid Jamek Kg. Baru
Kampung Baru merupakan sebuah petempatan orang Melayu yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Walaupun dilanda kemajuan namun kampung ini masih kekal dengan ciri dan sifat kemelayuannya.


Antara tempat yang menarik di Kampung Baru ialah sebuah masjid yang dibina di Jalan Raja Alang.


Masjid itu dikenali sebagai Masjid Jamek Kg. Baru. Rumah ibadat bagi orang Islam yang saya maksudkan sangat popular dengan bubur lambuk ketika bulan Ramadan.



Pada struktur menara masjid tersebut terdapat jam di bahagian atasnya. Case jam yang dipasangkan berbentuk bulat, berhuruf Roman dan berteknologi analog.




Potret seterusnya diperoleh selepas solat Maghrib. Masjid dan tower dihiasi lampu berwarna-warni.


Menara berlatar belakangkan Hotel Tamu



08 November, 2019

ARLOJI (Siri 96)

ARLOJI : Ulang Tahun Ke-5

Alhamdulillah. Sedar atau tidak, segmen ARLOJI sudah berusia lima tahun. Pada awalnya, target saya cuma untuk menulis sekitar 50 episod sahaja. Namun kini, ruangan ini terus bertambah dan telah melebihi apa yang saya jangkakan. Banyak idea, masa, tenaga dan wang dilaburkan untuk siri-siri yang diterbitkan.

Di bawah merupakan link karya ARLOJI pertama saya. Tarikh posting pada 5 November 2014. Ia menceritakan tentang pengenalan dan struktur asas seutas jam tangan termasuk tali.

http://wkp4617.blogspot.com/2014/11/arlogi-siri-1.html?m=1

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melayari blog BESTARIAN. Semoga bermanfaat kepada semua.

01 November, 2019

ARLOJI (Siri 95)

Casio Baby-G BG-169R-4DR



Baby-G ini diperoleh menerusi perkhidmatan Lazada. Ia berukuran 45.9x42.6x15.4 mm dengan berat 43 gram. Saiznya agak kecil berbanding Baby-G biasa, selesa dipakai oleh kanak-kanak.



Case berbentuk bulat. Cermin pula daripada kaca mineral. Pada bahagian dail ada wire protectors sebagai perlindungan tambahan bagi mengelakkan calar. Lampu BG-169R-4DR bercahaya EL:blue green.


Item yang dipaparkan berteknologi digital.  Model ini mempunyai pelbagai fungsi. Selain menentukan masa, ia dilengkapi penggera, full auto-calender dan stopwatch. Terdapat 5 butang adjustments  termasuk G button. Sebuah buku manual dibekalkan kepada pengguna membuat rujukan.



Bateri yang digunakan bersaiz CR1616 dijangka tahan selama tiga tahun.



Tahap ketepatan masanya ialah ±30 saat per bulan.



Product kalis air 200 meter. Tali jam berbahan resin berwarna merah jambu dan lut sinar (semi-transperent).



Barangan dibeli dalam bentuk set lengkap berserta jaminan setahun daripada penjual (supplier warranty).

01 October, 2019

ARLOJI (Siri 94)

Menara Jam (Edisi 3)

Menara Jam Kota Bharu


Menara jam ini terletak di pusat bandar Kota Bharu berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah (Pasar Besar Buluh Kubu).



Seni bina bangunannya cantik dengan gabungan ciri tradisional Melayu dan Islam. Menara berbentuk empat segi ini turut dihiasi dengan belangkas.



Terdapat empat buah jam daripada jenama Crocodile dipasangkan pada bahagian atas menara iaitu di hadapan, belakang, kiri dan kanan.


Menara Jam Kota Bharu dirasmikan pada 29 Mei 2005 oleh Mr. Yosuke Yoshioka Pengerusi Rhom-Wako, Jepun. Rhom Wako mempunyai sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

01 September, 2019

ARLOJI (Siri 93)

Rhythm Wall Clock CMG548NR04 Blue



Jam dinding yang ingin saya perkatakan ini berbentuk bulat, kemas dan cantik.


Dail produk putih manakala hands dan marker berwarna kuning serta hitam pada bahagian tepinya.



Keseluruhan 'badan' model CMG548NR04 berbahan plastik kecuali cermin daripada kaca.


Cermin kaca yang dipasangkan sebagai penutup dail berjenis rata.


Jam analog ini berteknologi quartz. Injinnya senyap dan jarum saat bergerak secara smooth (silent silky movement).



Sebiji bateri AA diperlukan untuk membantu jam beroperasi. Jangka hayat bateri sekitar satu tahun.

Movement in-house Rhythm

Caseback  berwarna biru muda. Ia disambungkan dengan kerangka hadapan menggunakan enam biji skru.


Jam Rhythm ini dibeli tanpa sebarang jaminan. Harganya murah iaitu bawah RM100.

*Info
Kebanyakan marker jam dinding di pasaran bersistem nombor (1, 2, 3, ... atau II, II, III, ...).