01 October, 2019

ARLOJI (Siri 94)

Menara Jam (Edisi 3)

Menara Jam Kota Bharu


Menara jam ini terletak di pusat bandar Kota Bharu berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah (Pasar Besar Buluh Kubu).



Seni bina bangunannya cantik dengan gabungan ciri tradisional Melayu dan Islam. Menara berbentuk empat segi ini turut dihiasi dengan belangkas.



Terdapat empat buah jam daripada jenama Crocodile dipasangkan pada bahagian atas menara iaitu di hadapan, belakang, kiri dan kanan.


Menara Jam Kota Bharu dirasmikan pada 29 Mei 2005 oleh Mr. Yosuke Yoshioka Pengerusi Rhom-Wako, Jepun. Rhom Wako mempunyai sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

01 September, 2019

ARLOJI (Siri 93)

Rhythm Wall Clock CMG548NR04 Blue



Jam dinding yang ingin saya perkatakan ini berbentuk bulat, kemas dan cantik.


Dail produk putih manakala hands dan marker berwarna kuning serta hitam pada bahagian tepinya.



Keseluruhan 'badan' model CMG548NR04 berbahan plastik kecuali cermin daripada kaca.


Cermin kaca yang dipasangkan sebagai penutup dail berjenis rata.


Jam analog ini berteknologi quartz. Injinnya senyap dan jarum saat bergerak secara smooth (silent silky movement).



Sebiji bateri AA diperlukan untuk membantu jam beroperasi. Jangka hayat bateri sekitar satu tahun.

Movement in-house Rhythm

Caseback  berwarna biru muda. Ia disambungkan dengan kerangka hadapan menggunakan enam biji skru.


Jam Rhythm ini dibeli tanpa sebarang jaminan. Harganya murah iaitu bawah RM100.

*Info
Kebanyakan marker jam dinding di pasaran bersistem nombor (1, 2, 3, ... atau II, II, III, ...).

01 August, 2019

ARLOJI (Siri 92)

Casio G-Shock G-Squad GBA-800-8A

G-Shock yang ingin diperkenalkan berada dalam kategori G-Squad. Setakat pengetahuan saya, terdapat dua versi jam dalam siri ini iaitu gabungan analog-digital dan digital sepenuhnya.


Namun, untuk kali ini saya cuma berbicara tentang G-Squad analog-digital sahaja.


Jam dibeli daripada seller yang berpangkalan di Johor. Urusan penghantarannya cepat hanya mengambil masa 2-3 hari selepas pesanan.

Ilustrasi daripada world.g-shock.com

Case
produk berbentuk bulat berukuran 54.1x48.6x15.5 milimeter. Berat penuhnya ialah 61 gram. Terdapat lima push buttons bagi penetapan fungsi termasuk lampu.


Bahagian belakang jam sarat dengan pelbagai maklumat. Pengguna boleh merujuk modul 5554 untuk keterangan lanjut. Modul 5554 tidak berupa buku tetapi sehelai kertas besar yang dilipat-lipat.


Permukaan dail gelap ditutupi kaca mineral. Injin jam buatan Jepun manakala case dan tali dari Thailand.


Model ini kalis air sedalam 200 meter. Tahap ketepatan jam kira-kira 15 saat per bulan (with no mobile link function).


Jam dioperasikan dengan tenaga bateri bersaiz CR2016. Ia dijangka tahan selama 2 tahun.



Talinya berbahan resin serta lembut. Sebahagian daripada buckle juga menggunakan plastik.


Secara keseluruhannya, saya berpendapat jam G-Shock yang dipaparkan agak canggih. Ia menggunapakai teknologi Bluetooth untuk dihubungkan dengan telefon pintar. Sila tonton video di bawah bagi mengetahui keupayaannya.


Item ini sangat sesuai buat remaja yang menjalani kehidupan aktif. App boleh di download secara percuma di Google Play dan App Store.

01 July, 2019

ARLOJI (Siri 91)

Frozen Digital Watch


Ini merupakan seutas jam tangan digital. Case berbentuk round, bersaiz kecil sesuai untuk kanak-kanak perempuan.


Kerangka dan tali jam berwarna ungu cair dengan lakaran ais musim sejuk. Item ini bertemakan filem animasi terkenal iaitu Frozen.


Bezel produk dihiasi 'batu permata'. Pada dail pula terdapat gambar Anna dan Elsa.


Keseluruhan jam diperbuat daripada plastik kecuali parts tertentu menggunakan besi. Contohnya spring bar untuk sambungan kerangka jam dan tali.




Tahap kalis airnya tidak dinyatakan.



Jam dibeli tanpa sebarang jaminan. Harganya adalah berpatutan. Saya tidak dapat memastikan sama ada jam ini genuine atau sebaliknya. Tetapi, saya beli di tempat yang 'betul'.


05 June, 2019

01 June, 2019

ARLOJI (Siri 90)

Casio Baby-G BG-6903-7DDR



Casio Baby-G ini berada dalam kategori running series. Rupa bentuknya kecil, kemas dan cantik digayakan oleh remaja atau kanak-kanak perempuan.



Case produk berukuran 49.1×45×13.5 mm. Total weight ialah 47 gram. Keseluruhan jam menggunakan bahan resin kecuali cermin (mineral), caseback dan buckle daripada stainless steel. Warna item pula white semi-transparent dengan sporty design.




Terdapat 5 butang setting iaitu adjust, mode, reset, start dan G (lampu). Lampunya bercahaya EL:white, terang waktu malam hari.



Selain ciri-ciri standard jam digital, ia turut ada keistimewaan tertentu. Antara kelebihan yang ditawarkan model ini ialah lap memory 60, 100-hour measurement stopwatch dan auto  EL backlight.


Pemakai boleh mengetahui maklumat lanjut yang berkaitan dengan merujuk buku panduan modul 3408.

 


Baby-G ini ditala oleh sebiji bateri CR2016 yang dijangka tahan sehingga 7 tahun.


Tahap rintangan airnya 200 meter manakala ketepatan jam ±30 saat per bulan.





*Pengumuman
Bermula 1 Jun 2019, article yang dsiarkan menerusi laman ARLOJI  tidak lagi menggunakan pengetagan (tagging) atau watermark pada gambar.