01 May, 2019

ARLOJI (Siri 89)

Omega Constellation Clock

Minat saya terhadap jam diteruskan lagi dengan menampilkan satu produk berjenama tersohor iaitu Omega.


Sebenarnya, saya sudah lama memerhatikan jam ini.  Reka bentuknya bulat dengan kemasan  sederhana  amat menarik dan jelas dipandang. Ia bersistem analog two hands tanpa jarum saat.

Terdapat huruf Roman pada bezel. Kerangka jam pula diperbuat daripada besi.  


Dail Omega ini cerah dan berlampu pada waktu malam.

Jam digantung terus pada siling bangunan. Kedua-dua bahagian iaitu hadapan dan belakangnya mempunyai dail. Setakat pengetahuan saya, model seperti ini dipanggil station clock.


Antara sudut pemandangan "paling indah" jika saya berkunjung ke KLIA 1.


Beberapa buah Omega Constellation dipasang pada Aras 3 iaitu level ketibaan penumpang.

**Selamat Hari Buruh**

01 April, 2019

ARLOJI (Siri 88)

Bonia BN969S


Ini bukanlah jam yang baharu. Saya telah membelinya beberapa tahun lepas dari salah sebuah butik Bonia di Kuala Lumpur.


Case BN969S berbentuk bulat. Bezel dan marker dihiasi batu Swarovski. Tarikh berada pada kedudukan pukul 3 dan 'berkanta'. Crown turut terselit di posisi ini.

Cermin jam pula berkaca sapphire. Model yang dipaparkan berteknologi quartz. Sebiji bateri diperlukan untuk menghidupkan jam.


Model ini berwarna keemasan. Akan tetapi caseback dan bahagian dalam bracelet masih menggunakan colour asal stainless steel.



Permata di tepi kerangka jam sudah banyak tertanggal akibat penggunaan.


BN969S dibeli dengan set lengkap berserta waranti. Namun, ketika artikel ditulis jaminan tersebut telah pun tamat tempoh.

Seingat saya, semasa pembelian item ini staf yang bertugas telah membungkusnya menggunakan kotak Tesoro. Ia merupakan satu bonus kerana pada waktu itu produk Tesoro merupakan model yang paling istimewa keluaran Bonia.


Tahap kalis airnya 5 ATM. Maklumat ringkas berkenaan jam ada di penutup belakang  case.


Tali jam solid dengan rekaan jubilee. Clasp produk kelihatan kemas dan menarik. Ada tulisan BONIA di atasnya.


Keseluruhannya, saya berpendapat jam tangan ini berseni dan cantik. Ia tergolong dalan kategori fashion watch.

01 March, 2019

ARLOJI (Siri 87)

Orient Wall Clock OD322



Jam yang ingin diperkatakan berbentuk round dengan ukuran saiz yang sederhana besar. Saya menggelarkan produk berdiameter seperti ini sebagai "jam surau".



Case berwarna wooden brown manakala dail pula clean (cerah) senang dipandang dari jauh.



Marker produk hitam berhuruf Roman. Model ini diperbuat daripada plastic.



Sebiji battery AA diperlukan untuk mengoperasikan jam selama setahun.


OD322 dibeli dari salah sebuah cawangan Time Coulture. Ia dijamin selama 1 tahun.

*Perkongsian
Pada pemerhatian saya, sekarang, jam dinding keluaran Orient bergred rendah/murah tidak mempunyai logo "singa" berbanding yang berharga mahal. Hanya tulisan ORIENT pada dail.

01 February, 2019

ARLOJI (Siri 86 )

G-Shock GLX-6900-7DR

Buat masa sekarang, review saya banyak tertumpu kepada jam berjenama Casio. Hal ini berlaku kerana budget membeli seutas jam tangan Casio lebih rendah, tahan lama dan mampu untuk dimiliki. Cara penjagaannya mudah dan kos penyelenggaraan juga tidak membebankan.


Produk yang ingin saya ulaskan ialah G-Shock daripada keturunan G-Lide.



Item dibeli daripada seller yang berpangkalan di Johore. Urusan penghantarannya cepat dan diterima dalam keadaan baik.


Model ini berbentuk bulat. Case dan tali diperbuat daripada bahan plastic berwarna putih. Cermin penutup dail pula berkaca mineral.

Ia merupakan jam tangan bersaiz lelaki. Namun begitu, saya berpendapat G-Lide ini turut sesuai bagi perempuan yang berpergelangan tangan "montel".

Selain mempunyai ciri-ciri standard digital watch ia turut dilengkapi fungsi moon phase graph dan tide graph.



Terdapat lima push buttons pada case termasuk butang G untuk penetapan jam. Keterangan terperinci berkenaan jam dapat dilakukan dengan merujuk "kitab" tebal Casio bermodul 3194.



Tahap accuracy ±15 saat per bulan. Bateri CR2025 dijangka tahan selama dua tahun.


Sama seperti G-Shock yang lain, product ini kalis air 200 meter.




Buckle made in Japan

Jaminan jam bersifat terhad (seller warranty) selama setahun.

**Selamat Hari Wilayah**

01 January, 2019

ARLOJI (Siri 85)

Menara Jam (Edisi 2)

Menara Jam MPAJ
Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya terletak di Pandan Indah.



Pada puncak bangunan terdapat sebuah jam analog dua jarum yang besar dengan dail berwarna cerah manakala marker dan hands hitam.



Kedudukan jam agak "tersembunyi" kerana diapit oleh bangunan-bangunan lain. Di sini ada pusat perniagaan iaitu Pandan Kapital. Jam berbentuk square ini disuluhi cahaya lampu di waktu malam.





Pandan Indah berada di garis sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

**Selamat Tahun Baru 2019**

01 December, 2018

ARLOJI (Siri 84)

Orient OR118

Pada kali ini, saya tampilkan sebuah lagi jam dinding berjenama Orient.  Rupa bentuknya bulat dengan kemasan sederhana serta ringkas.


  
Keseluruhan "badan" OR118 putih  kecuali marker dan hands berwarna hitam.  Cermin jam pula rata daripada kaca.



Produk analog ini berinjin SKP standard dikuasakan oleh sebiji bateri AA. Jangka hayatnya ialah kira-kira 1 tahun.



Sebiji bateri Toshiba dan sehelai kertas manual dibekalkan bersama-sama jam di dalam kotak semasa pembelian.



Jam original ini dijual dengan harga yang berpatutan serta mendapat jaminan selama setahun.

*Perkongsian
Nombor siri wall clock keluaran Orient lebih pendek dan senang diingati berbanding jam daripada syarikat Seiko dan Rhythm.