Timex Intelligent Quartz® T2N809
Jam ini diperoleh melalui
platform Lazada. Proses penghantaran
parcel cepat lebih awal dari tarikh jangkaan. Jam diurus menggunakan khidmat
courier Ninja Van dan dibayar secara
cash on delivery (COD).
Case berbentuk
round. Saiznya agak besar dan diperbuat daripada
stainless steel kecuali cermin dan
setup buttons.
Dail produk hitam manakala
marker dan
hands bersalut
lume. Lampu
trademark Timex iaitu INDIGLO® turut ada pada model ini.
Selain penunjuk waktu ia turut dilengkapi tarikh,
depth dan
temperature.
Bezel boleh diputar sehala sebanyak 120 klik.
Item berjanakuasa bateri CR2025. Jam analog berjarum 5 ini berada dalam kategori Intelligent Quartz® Adventure untuk golongan lelaki. Caseback bertutup penuh dengan sedikit maklumat berkenaan jam.
Bahagian tepi sebelah kiri jam ada "lubang hidung" yang berfungsi sebagai
sensor. Pada sebelah kanannya pula
crown dan diapit dua
push buttons.
Crown berjenis
screw down atau skru kunci untuk mengelak kemasukan air. Jam ini rintangan air 200 meter.
Bracelet berbentuk
oyster tetapi tidak
solid. Ukuran
lugs 22 mm. Talinya "kosong" tanpa tulisan TIMEX. Namun begitu, ia tetap mempunyai
safety clasps.
T2N809 mendapat jaminan antarabangsa selama setahun. Model ini diperolehi dengan harga yang berpatutan. Ia didatangkan dengan kotak berwarna hitam, jam, buku manual, kertas waranti dan "tali pusat".
 |
| "Tali pusat" |
*Info
Malaysia sebenarnya turut mengeluarkan jam tangan berkualiti tinggi berstatus Swiss Made. Reka bentuknya terhad
(limited edition), menarik, kemas dan penuh dengan ciri-ciri kebudayaan negara. Ia dihasilkan oleh anak tempatan dengan jenama Masa Horlogerie. Syarikat ini pernah mendapat liputan televisyen dalam rancangan Majalah 3. Tahniah!
 |
| Dipetik daripada www.masa.com.my |