Q&Q Analog VP47J020Y
Jam Q&Q ini tergolong dalam kategori kids. Keseluruham jam berwarna merah jambu sesuai untuk digayakan oleh kanak-kanak perempuan.
Dail model 3 hands ini ringkas tanpa day mahupun date. Case dan tali jam diperbuat daripada plastik kecuali penutup belakang dan crown yang menggunakan stainless steel.
Tahap kalis air jam ialah 10 BAR bersamaan 100 meter. Jam quartz ini dijana oleh kuasa bateri.
Daripada pembacaan saya, keaslian jam Q&Q dapat ditentukan dengan cara berikut:
- Perhatikan bentuk fizikal, tulisan, logo dan lain-lain pada jam. Jam yang tulen buatannya kemas dan terperinci.
- Kemudian, lihat nombor model pada tag di tali jam (semasa pembelian).
- Seterusnya, lihat pula nombor model pada bahagian bawah dail. Kanta pembesar diperlukan untuk melihat nombor ini kerana saiznya yang agak kecil.
- Jam itu adalah original jika kedua-dua nombor ini sama.
Nombor model jam ialah VP47J020Y. Terdapat tulisan Q&Q pada buckle.
Jenama Q&Q sebenarnya telah lama bertapak dalam pasaran Malaysia. Selain daripada jam kanak-kanak, syarikat ini turut mengeluarkan jam untuk orang dewasa. Saya sendiri pernah melihat seorang lelaki dewasa yang memakai jam berjenama ini. Bahan yang digunakan bagi pembuatan jam pula tidak tertakluk kepada plastik sahaja malah ada yang menggunakan stainless steel.
No comments:
Post a Comment