Seiko adalah salah sebuah syarikat pengeluar jam yang ternama dari Jepun. Perusahaan ini dikatakan bermula sejak tahun 1881 lagi. Orang yang bertanggungjawab sebagai pencetus kepada jenama terkenal ini ialah Kintaro Hattori.
Model 7N43 adalah dress watch untuk lelaki.
Keseluruhan jam diperbuat daripada stainless steel kecuali cermin. Terdapat tingkap hari dan tarikh pada posisi pukul tiga. Dail jam putih bersih kelihatan amat berpadanan dengan marker dan jarumnya yang berwarna keemasan. Luminous yang ada pada marker serta jarum jam dan saat terang di dalam gelap.
Seiko analog ini menggunakan kuasa bateri. Movement asal jam buatan Seiko Time Corporation.
Jam ini sudah berusia kira-kira 15 tahun. Enjin telah ditukar baru kerana crown gagal menjalankan fungsi tetapannya. Semasa dihantar ke kedai jam, saya dinasihatkan berbuat demikian kerana kos untuk membaikpulih hampir menyamai harga pembelian movement baru selain tiada jaminan enjin lama akan berfungsi seperti sediakala. Oleh itu, satu enjin Seiko Epson (jika tidak silap saya) dipasangkan pada jam ini.
Bracelet jam juga telah ditukar kepada tali kulit berjenama Morantz. Hal ini berlaku kerana bracelet yang ada ketat dan tidak sesuai lagi dengan pergelangan tangan saya. Manakala lebihan bracelet yang dipotong suatu ketika dahulu hilang entah ke mana.
Model ini kalis air tetapi tidak dinyatakan tahapnya. Namun begitu, kita semua mengetahui akan ketahanan serta mutu produk-produk buatan Seiko.
No comments:
Post a Comment