11 December, 2022
ARLOJI (Siri 145)
25 October, 2022
ARLOJI (Siri 144)
Menara Jam (Edisi 12)
16 October, 2022
ARLOJI (Siri 143)
Ice-Watch Wall Clock
Jam dinding yang cantik. Rupa bentuknya bulat, kemas serta menyerupai case jam tangan keluaran mereka.
Sudut pandangan hadapan |
Sudut pandangan belakang |
Item dibungkus menggunakan sebuah kotak hitam berlogo Ice-Watch yang sangat menarik. Kotak hitam ini mempunyai sarung kotak putih polos (tiada di dalam gambar). Di dalamnya terdapat jam, bateri, buku manual serta kad jaminan.
Jam ini berwarna neon pink berukuran 28 sentimeter. Keseluruhan item bermaterial daripada plastik (polypropylene).
Bahagian belakang bertutup penuh. Tombol pelarasan masa berwarna hitam berada pada kedudukan atas tempat bateri. Produk yang dipaparkan made in China.
Model 015206 ini menggunapakai injin moden yang senyap. Sebiji bateri bersaiz AA (included) diperlukan untuk jam beroperasi.
Jarum penunjuk jam berlogo "Mercedes". Pergerakan jarum saatnya pula smooth. Marker dan jarum jam bersalut lume terang ketika gelap.
Crown sekadar hiasan |
Ice-Watch ini dibeli dari sebuah kedai jam fizikal pada harga yang berpatutan. Tarikh pembelian 15 Oktober 2022. Produk dijamin selama 2 tahun (local warranty).
Saya pernah menyiarkan artikel lain mengenai jam tangan Ice-Watch. Sila tekan link di bawah.
22 September, 2022
ARLOJI (Siri 142)
31 August, 2022
ARLOJI (Siri 141)
Aku dan Jam (Bahagian 19)
- Saya kurang selesa dengan jam terpakai. Kita tidak tahu siapa pemilik asal, cara penggunaan sebelum ini, service serta kondisi jam tersebut. Adakah jam itu masih asli atau sudah menjadi 'jam rojak'? Oleh itu, saya lebih suka membeli jam tangan baru walaupun murah dan diperbuat daripada plastik.
- Saya juga tiada pengalaman serta pengetahuan yang mendalam tentang jam vintage dan antik. Setahu saya dunia jam klasik sangat luas. Kita perlu tahu menilai sejarah, trend, reka bentuk, dail, jarum, crown dan enjin yang diguna pakai. Di dalamnya terdapat pelbagai jenama jam dan ada antara jenama-jenama itu telah menutup perniagaan atau dibeli oleh syarikat lain. Selain itu, ada model-model yang dikeluarkan sebelum ini sudah tidak diproduksi lagi. Hal ini sangat menyukarkan kita mengetahui keaslian produk yang ingin dibeli. Selalunya, jam-jam ini bermesin automatik dan bersistem kunci.
- Seterusnya, saya mengumpul jam secara suka-suka sahaja. Saya tiada rakan atau geng jam yang boleh dirujuk untuk mendapatkan nasihat atau sebagainya jika jam mengalami masalah.
- Setakat ini, saya belum tahu atau mengenali secara dekat kedai atau otai-otai yang pakar menyelenggarakan jam-jam lama berhampiran tempat tinggal.
- Harga jam vintage juga bukan murah. Kos baik pulihnya tinggi dan alat ganti jam sukar dicari. Jadi, jangan pandang sebelah mata kepada peminat jam lama ini.
18 August, 2022
ARLOJI (Siri 140)
16 July, 2022
ARLOJI (Siri 139)
Menara Jam (Edisi 11)