15 February, 2020

ARLOJI (Siri 101)

Kotak Jam



Saya sudah lama teringin membeli kotak simpanan jam. Namun, hajat ini sering tertangguh bila memikirkan kos dan keperluan.


Watch box yang ditampilkan berbentuk empat segi sama. Buatannya kemas dan cantik.

Engsel

'Penyelak' besi


Kerangka daripada kayu manakala permukaan atas case bercermin kaca. Bahagian dalam kotak pula menggunakan kain baldu berwarna coklat krim.



Watch case ini boleh memuatkan 12 utas jam tangan dan sesuai diletakkan di atas meja solek.



Antara kelebihan menyimpan jam di dalam kotak khas ialah mengelakkan habuk atau debu. Selain itu, kita lebih senang memilih jam mana yang ingin dipakai pada hari tersebut. Jam disimpan juga teratur serta tidak bercalar akibat bergesel sesama sendiri.


Item diperoleh dari sebuah kedai jam di Bandar Baru Ampang, Selangor. Harga yang ditawarkan adalah terjangkau. Kotak penyimpanan jam ini tiada jenama.

01 February, 2020

ARLOJI (Siri 100)

Menara Jam (Edisi 5)

Pintu Gerbang Kuala Lumpur
Setakat pengetahuan saya, pintu gerbang Kuala Lumpur ada di tiga tempat berbeza iaitu di Jalan Duta (arah Utara), Sungai Besi (arah Selatan) dan Selayang berdekatan pasar borong.

Struktur 'bangunan' ini berdiri megah merintangi jalan raya menjadi daya tarikan kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut terutamanya waktu malam. Pada waktu malam Pintu Gerbang Kuala Lumpur akan disinari cahaya lampu yang berwarna-warni.




Gambar-gambar diambil ketika siang hari. Lokasinya di Sungai Besi berhampiran Dunia Perabot. Ia terletak di laluan utama arah Selatan selepas Tol PLUS Sungai Besi jika kita dari Seremban menuju ke pusat bandar raya.




Selain binaannya yang penuh seni, apa yang mencuri perhatian saya ialah jam yang berada di puncaknya.


Rupa bentuk jam bulat, berhuruf Roman dengan marker berwarna hitam.




Ini pula sudut pandangan sisi pintu gerbang.




Pintu gerbang dan jam yang terdapat di sini mengingatkan saya kepada Bangunan Sultan Abdul Samad serta jamnya di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. 😎

**Selamat Hari Wilayah**