Casio Pro Trek PRG-300-1A4DR
Pada awal tahun 2018, saya sekali lagi ke Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Di sana terdapat pelbagai kedai/butik barangan berjenama termasuklah beberapa buah kedai jam.
Ketika kunjungan itu, saya menemui sebuah kedai jam yang menawarkan harga berpatutan. Menurut jurujual bertugas, outlet mereka baru sahaja dibuka bermula Disember lepas.
Jam yang ingin saya perkenalkan ini dibungkus kemas menggunakan kotak kertas pada bahagian luar manakala di dalamnya berkotak "kayu".
Case jam berbentuk bulat dengan ukuran 56x47x12.6 mm. Dail digital besar, ringkas dan senang melihat paparan waktu atau fungsinya yang lain. Ia merupakan seutas jam Pro Trek Triple Sensor Version 3 lineup. Tiga sensor yang dimaksudkan ialah kompas (digital), barometer/thermometer dan altimeter.
Lampu jam bercahaya LED white. Selain itu, item yang diperkenalkan juga mempunyai tarikh, hari, penggera, world time, 12/24 jam dan sebagainya.
Bezel PRG300-1A4DR hitam dan pink tidak boleh diputar. Oleh itu, saya beranggapan jam ini hanya cantik dipakai oleh perempuan. Jika disarungkan pada pergelangan tangan lelaki nampak "jambulah pulak" (dipetik daripada kata-kata salesman yang melayan kami).
Model berkuasa solar ini turut dilengkapi power saving (PS) sebagai langkah penjimatan tenaga. Tahap ketahanan airnya ialah 100 meter. Accuracy jam ±15 saat per bulan. Item ini hasilkan di Thailand. Bahagian belakang terdapat logo bergambar gunung serta maklumat penting tentang jam.
Tali jam daripada resin. Total weight ialah 57 gram.
Setakat apa yang saya ketahui produk-produk Pro Trek dibina khusus untuk keperluan para pendaki dan peminat sukan ekstrem tersebut. Pelarasan fungsi jam boleh dilakukan dengan merujuk modul nombor 3443.
Keseluruhan jam menggunapakai bahan plastic kecuali caseback, buckle dan cermin. Caseback dan buckle daripada stainless steel manakala cermin pula kaca mineral.
Jam dibeli pada harga promosi serta dijamin selama setahun.