Casio Data Bank DB-360G-9ADF
Sah. Jam untuk pasaran Singapore. Kotak biru pembungkusnya adalah berlainan. Saya membeli Casio siri Data Bank ini daripada seller yang berpangkalan di Johor Bharu.
Urusan penghantaran lancar menggunakan khidmat GDEX.
Case jam berbentuk empat segi berukuran 43.1x37.7x10.4 mm. Total weight produk ialah 58 gram.
Dail jam (LCD) besar memberi peluang untuk pengguna menengok paparan masa dan fungsi lain secara lebih jelas. Lampu penglihatan malam jam pula jenis LED bercahaya green.
Jam boleh ditetapkan dalam 13 bahasa. Contohnya, English, Spanish, Italian dan lain-lain. Memorinya (telememo) mampu menyimpan sehingga 30 nombor telefon.
DB-360G ini diperbuat daripada
stainless steel bersadur "emas" pada atas
case dan talinya. Manakala cermin menggunakan
resin.
Tahap kalis air tidak dinyatakan. Bahagian caseback sarat dengan pelbagai maklumat. Jam bersifat pelbagai fungsi ini keluaran Thailand.
Setting jam dapat dilakukan dengan merujuk buku panduan nombor 2515. Terdapat enam
buttons pelarasan jam iaitu
adjust (set), mode (left), light (LED back light), 12/24H (right), forward dan
reserve.
Bateri CR2025 yang dipasangkan pada item ini dijangka tahan hingga 10 tahun. Ketepatan masanya
±30 saat per bulan.
Bracelet produk boleh dilaraskan sendiri tanpa perlu pemotongan tali.
Casio Data Bank pernah popular suatu ketika dahulu. Ia dianggap canggih pada zamannya kerana dapat merekodkan nombor telefon. Pada waktu itu, kita masih bergantung kepada telefon rumah dan public phone. Sesiapa yang memiliki jam ini tidak perlu menghafal atau menulis nombor telefon rakan-rakan di dalam buku 555.
Akan tetapi, kehadiran jam-jam moden seperti G-Shock dan teknologi yang semakin berkembang menyebabkan model ini kurang mendapat perhatian.
Saya berpendapat model "emas" molek dipakai oleh kaum Hawa (remaja) walaupun ia sebenarnya berperwatakan
unisex. Jika anda seorang lelaki dan berminat dengan model seperti ini, lebih baik memilih yang berwarna
silver. Jam dijamin selama setahun
(seller warranty).
**Selamat Hari Wilayah**