15 October, 2017

ARLOJI (62)

Timex Intelligent Quartz® T2N809

Jam ini diperoleh melalui platform Lazada. Proses penghantaran parcel cepat lebih awal dari tarikh jangkaan. Jam diurus menggunakan khidmat courier Ninja Van dan dibayar secara cash on delivery (COD).




Case berbentuk round. Saiznya agak besar dan diperbuat daripada stainless steel kecuali cermin dan setup buttons.


Dail produk hitam manakala marker dan hands bersalut lume. Lampu trademark Timex iaitu INDIGLO® turut ada pada model ini.




Selain penunjuk waktu ia turut dilengkapi tarikh, depth dan temperatureBezel boleh diputar sehala sebanyak 120 klik.



Item berjanakuasa bateri CR2025. Jam analog berjarum 5 ini berada dalam kategori Intelligent Quartz® Adventure untuk golongan lelaki. Caseback bertutup penuh dengan sedikit maklumat berkenaan jam.




Bahagian tepi sebelah kiri jam ada "lubang hidung" yang berfungsi sebagai sensor. Pada sebelah kanannya pula crown dan diapit dua push buttons. Crown berjenis screw down atau skru kunci untuk mengelak kemasukan air. Jam ini rintangan air 200 meter.


Bracelet berbentuk oyster tetapi tidak solid. Ukuran lugs 22 mm. Talinya "kosong" tanpa tulisan TIMEX. Namun begitu, ia tetap mempunyai safety clasps.


T2N809 mendapat jaminan antarabangsa selama setahun.  Model ini diperolehi dengan harga yang berpatutan. Ia didatangkan dengan kotak berwarna hitam, jam, buku manual, kertas waranti dan "tali pusat".

"Tali pusat"

*Info
Malaysia sebenarnya turut mengeluarkan jam tangan berkualiti tinggi berstatus Swiss Made. Reka bentuknya terhad (limited edition), menarik, kemas dan penuh dengan ciri-ciri kebudayaan negara. Ia dihasilkan oleh anak tempatan dengan jenama Masa Horlogerie. Syarikat ini pernah mendapat liputan televisyen dalam rancangan Majalah 3. Tahniah!

Dipetik daripada www.masa.com.my

01 October, 2017

ARLOJI (Siri 61)

Aku dan Jam (Bahagian 7)

Jam Tangan Terbaik daripada Perspektif Saya


Perkembangan teknologi yang pesat turut mempengaruhi industri pembuatan jam. Pelbagai jenama dan jenis jam muncul di pasaran sehingga kita menjadi rambang mata untuk membuat pilihan. Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak dalam mencari jam yang bersesuaian dengan gaya hidup dan keperluan masing-masing.

Saya berusaha untuk mendapatkan jam yang paling ideal bagi kegunaan sendiri dan keluarga. Citarasa dan kehendak pula perlu selari dengan budget yang ada. Jangan terlalu melihat apa yang dipakai oleh orang lain sekiranya belum berkemampuan.

Di sini saya cuba sampaikan serba sedikit ciri-ciri yang patut ada pada seutas jam yang dianggap sempurna dari kaca mata saya. Pandangan saya ini mungkin bercanggah dan tidak sama dengan pendapat orang lain. Ciri-ciri tersebut ialah:
  1. Jam yang paling baik adalah jam yang berbentuk bulat (round case).
  2. Kerangka jam (case) dan penutup belakang hendaklah daripada stainless  steel bukannya base metal.
  3. Ukuran diameter case yang ideal bagi lelaki ialah 35mm - 40mm manakala untuk perempuan antara 30mm - 35mm.
  4. Cermin jam diperbuat daripada jenis kaca tidak plastik (acrylic).
  5. Tali jam pula daripada kulit asli atau stainless steel.
  6. Berat keseluruhan jam adalah sederhana.
  7. Water resistance jam 50-100 meter.
  8. Ketepatan masa yang boleh dipercayai.
  9. Kemasan jam ringkas, cantik dan senang untuk melihat paparan waktu.
  10. Mempunyai lume atau lampu yang terang.
  11. Teknologi yang digunakan simple. Contohnya, jam quartz.
  12. Baterinya tahan sekurang-kurangnya untuk 2-3 tahun (jam quartz).
  13. Bersifat evergreen dan tidak membosankan walaupun dipakai bertahun-tahun.
  14. Sesuai dan selesa dipakai untuk kegunaan seharian, bekerja atau bersantai.
  15. Kos penyelenggaran yang rendah dan berpatutan.
  16. Harga jualan jam terjangkau dan tidak terlalu mahal.
Namun begitu, jam yang terbaik untuk diri sebenarnya adalah jam yang sekarang berada di pergelangan tangan kita. Walaupun berharga rendah dan kelihatan seperti jam budak-budak tetapi ia mungkin telah lama berkhidmat dan bernostalgia.