Jenis-jenis jam tangan
Jam tangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Analog.
Jam yang menggunakan jarum (hand) sebagai penunjuk masa.
Analog-Digital.
Jam yang menggunakan kaedah jarum dan digit/nombor untuk menentukan waktu.
Digital.
Jam yang memaparkan masa menggunakan digit/nombor dan text tanpa jarum.
Teknologi jam tangan
Kerangka jam
Kerangka jam dikenali sebagai case. Case jam biasanya berbentuk bulat dan empat segi. Setiap kerangka jam mempunyai ukuran diameter, ketebalan dan berat yang berbeza. Bahan yang digunakan untuk membuat case juga tidak sama. Stainless steel, plastik atau resin adalah antara bahan yang popular untuk kerangka jam. Bahagian atas case ditutupi dengan cermin manakala pada bahagian bawahnya mempunyai cover (penutup belakang).
Enjin jam
Enjin (movement) merupakan satu elemen penting kepada sesebuah jam. Jam yang mempunyai enjin yang baik akan tahan lama dan menyukat waktu dengan lebih tepat. Antara pengeluar enjin jam yang terkenal ialah Miyota (Jepun) dan ETA (Swiss). Kebanyakan jenama jam menggunakan enjin daripada kedua-dua pengeluar ini. Namun begitu, ada juga syarikat jam yang mengeluarkan movement sendiri untuk dipasang pada produk mereka contohnya Rolex. Di dalam sebuah jam, enjin berada pada bahagian belakang dail. Pada kebiasaannya, ia tidak kelihatan kerana ditutup kemas dengan cover belakang. Akan tetapi, terdapat juga beberapa jam yang sengaja mempamerkan enjinnya seperti Seiko 5 dan Orient Open Heart. Enjin jam pada dasarnya mempunyai dua jenis iaitu mekanikal/automatic dan quartz. Kekuatan dan kehebatan enjin jam automatic diukur pada jewels dan getaran per jam (hour per vibrations). Cara paling mudah untuk mengenali jam sama ada ia automatic atau quartz adalah dengan melihat tulisan (automatic/quartz) yang tertera pada dail. Selain itu, kita juga dapat mengetahuinya melalui cara pergerakan jarum saat (hand second). Jarum saat jam mekanikal akan bergerak seolah-olah terketar-ketar manakala jarum saat jam quartz pula bergerak secara "jalan-henti-jalan".
Sumber kuasa
Enjin jam memerlukan tenaga atau sumber kuasa untuk menjalankannya. Antara sumber kuasa yang digunakan untuk jam tangan ialah:
Automatic (tanpa bateri)
Automatic (tanpa bateri)
- Para pengumpul (collector) jam amat menggemari jam jenis ini. Teknologi ini sudah sekian lama digunakan dan masih kekal hingga ke hari ini.
- Terdapat dua cara jam automatic ini beroperasi iaitu secara self-winding dan hand-winding.
- Self-winding bermaksud jam tersebut berfungsi sendiri apabila dipakai. Sekiranya jam ini "mati" maka pemakai perlu memperbetulkan masa (jarum jam) mengikut waktu semasa dan menggoyangkannya sedikit untuk membantu jarum jam bergerak.
- Hand-winding/manual winding pula dikenali sebagai jam kunci. Pemilik jam ini perlu mengunci jam dengan cara memutarkan crown untuk mendapatkan sumber kuasa.
- Jam jenis ini mempunyai kuasa simpanan (power reserve). Sekiranya ia tidak dipakai untuk tempoh tertentu jam ini akan bertukar daripada automatic kepada "automati".
- Digunakan pada jam quartz. Sebelum ini, bateri jam tangan hanya dapat bertahan untuk satu tahun sahaja. Tetapi dengan perubahan teknologi ia menjadi lebih tahan lama sehingga mencapai 10 tahun.
- Pada masa sekarang, bateri daripada jenis lithium telah banyak digunapakai untuk jam tangan.
Solar
- Menggunakan cahaya matahari atau lampu untuk menjana tenaga.
- Masih menggunakan bateri untuk menyimpan tenaga/kuasa yang dikumpulkan.
- Baterinya amat tahan dan tidak perlu ditukar (tahan lama).
Kinetik
- Gabungan teknologi automatik dan quartz.
- Menggunakan kaedah pergerakan untuk mengumpulkan tenaga.
- Mempunyai kapasitor (capacitor) untuk menyimpan tenaga/kuasa yang dikumpulkan.
- Kuasa simpanannya lebih tahan lama berbanding automatic.
Cermin
Cermin (crystal) berfungsi sebagai tingkap untuk kita melihat masa pada dail. Cermin jam ada yang berbentuk rata, cembung dan bersegi. Tahap ketebalan dan kekuatan cermin juga berbeza. Saya membahagikan cermin jam kepada dua:
Plastik (acrylic)
Plastik (acrylic)
- Cermin jenis ini biasanya dipasang pada jam tangan berharga rendah. Namun begitu, ada juga pengeluar jam berjenama menggunakan cermin ini untuk produk mereka (model lama).
- Mudah tercalar apabila bergesel dengan sesuatu.
- Terdapat dua jenis cermin kaca yang sering digunakan oleh watchmaker iaitu sapphire glass (kalis calar) dan mineral glass.
- Sapphire glass sangat popular untuk jam tangan bernilai tinggi manakala mineral glass pula banyak digunakan untuk jam kelas pertengahan.
Kalis air
Boleh dikatakan semua jam yang dijual sekarang dilengkapi ciri kalis air (water resist). Tahap kedalaman kalis air jam tangan disukat menggunakan ukuran kaki, meter, BAR atau ATM. Jam tangan khas untuk penyelam (diver) mempunyai tahap ketahanan kalis air paling tinggi iaitu antara 200m hingga 1000m (setakat pengetahuan saya).
Terdapat dua tempat pada jam tangan yang senang dimasuki oleh air iaitu pada bahagian sambungan di antara case dan cover belakang dan di antara case dan crown. Bagi mengatasi masalah ini kita hendaklah memastikan getah pelapiknya sentiasa berkeadaan baik. Jika menukar bateri jam seelok-eloknya kita juga menukar getah (gasket) tersebut. Selain itu, elakkan daripada menarik/memutarkan crown semasa berkeadaan basah.
Teknologi lain
Selain daripada menunjukkan waktu, jam tangan turut dilengkapi dengan teknologi atau kegunaan yang lain misalnya:
- Kompas
- Termometer
- Moon Phase
- Altimeter
- Barometer
- Wave Ceptor/Atomic Timekeeping (ketepatan masa)
- Bluetooth
- Global Positioning System (GPS)
Waranti
Waranti (warranty certificate) merupakan satu jaminan terhadap produk yang dijual kepada pengguna. Jaminan ini mempunyai tempoh dan terhad kepada peralatan atau barangan (spare part) tertentu sahaja. Setakat pemerhatian saya, tempoh jaminan sesebuah jam ialah antara 1 hingga 5 tahun. Bukti jaminan yang diberikan adalah berbentuk kad/sijil yang disertakan ketika membeli jam.
Terdapat dua jenis jaminan yang biasa kita perolehi apabila membeli jam iaitu jaminan penjual/pengedar dan jaminan pengeluar. Waranti penjual/pengedar ini bersifat terhad/tempatan berbanding jaminan pengeluar yang bersifat global (international warranty).